Kenyataan Dr Badrulamin yang mengatakan dirinya dikasari samseng semasa tangkapan khalwatnya di sebuah hotel di Balok hanya rekaan sahaja. Ini berdasarkan kepada keterangan pekerja hotel yang menafikan dakwaan itu yang disifatkan sengaja untuk mencemarkan nama hotel tersebut.
"Saya tidak menerima apa-apa berita daripada pekerja hotel berhubung kejadian seperti didakwa pada sekitar waktu itu.
"Daripada segi logik, kalau ada sekumpulan orang berjalan beramai-ramai dalam kawasan hotel, mesti ada staf nampak, tapi saya tak terima laporan daripada staf mengenai itu.
Ketika disoal siasat polis, tiada seorangpun daripada pekerja hotel tersebut menyatakan melihat kelibat kumpulan samseng seperti yang dikatakan Dr Badrulamin di dalam kenyataan dalam Malaysiakini.
Badrulamin mendakwa beliau dibelasah sekumpulan lelaki seramai kira-kira 20 orang semasa serbuan di hotel itu, awal pagi Sabtu lalu.
Pada Sabtu lepas, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron telah ditangkap bersama seorang wanita dalam keadaan mencurigakan dengan hanya berkain tuala.
Namun, difahamkan Dr Badrulamin tidak mahu membuat laporan polis sebaliknya menyatakan dia sudah memaafkan mereka seperti kenyataannya semasa ditemui pemberita selepas memberi keterangan kepada JAIP semalam.
Menurut pihak hotel, faktor keselamatan antara aspek penting untuk menjamin keselamatan pelanggan, jadi mana-mana pihak dalam keadaan mencurigakan dan membahayakan pelanggan pasti akan diperhatikan.
"Kalau dikatakan ada kumpulan samseng memasuki hotel ini tanpa dapat dikesan oleh staf-staf keselamatan, itu sungguh tidak logik. Kenyataan yang mengatakan hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya sangat mencemarkan imej hotel ini.
Hingga setakat ini belum ada laporan polis dibuat berkenaan kumpulan samseng sebaliknya sibuk menyalahkan orang lain sebagai konspirasi politik UMNO.

































