Monday, January 30, 2012


Kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia bahkan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush. Pelik dan ganjil, itulah yang dapat disimpulkan Duta Palestin terhadap kenyataan Anwar Ibrahim.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel”.

Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush

Menurut Abughoush lagi Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.

Justeru, tegas Abdelaziz Abughoush sewajarnya kenyataan Anwar Ibrahim itu sangat membimbangkan dan menjadi kewajaran Anwar Ibrahim perlu ‘bertaubat”.

PAS menerusi Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib ‘mempersilakan’ Dr Hassan Ali mengecam dan mengkritik PAS yang disifatkannya telah tergelincir daripada perjuangan asal menegakkan kebenaran Islam. Hanya dengan ini akan membuatkan kepimpinan tertinggi PAS sedar dengan apa yang diungkapkan bekas ahli PAS berbanding kecaman daripada pemimpin UMNO dan BN.

Ini bukan kali pertama PAS menerima kritikan dan desakan daripada bekas pemimpin PAS yang keluar parti mahupun dipecat. PAS menerima dengan hati terbuka dan dengan ini akan menyebabkan pemimpin PAS Pusat membuka mata dan telinga untuk bertindak dan menjawab tohmahan tersebut.

"Kalau dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan PAS) lagi yang dia nak dedah, kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (PAS), silakan.

"Kita tak ada masalah sebab sudah biasa dengan perkara macam ini dan bersedia untuk menolak segala dakwaan buruk terhadap PAS.

Dr Hassan Ali sekarang ini sedang dalam penjelajahan dalam Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat bagaimana hala tuju perjuangan pemimpin PAS.

Dalam Himpun yang diadakan di Pulau Pinang, Dr Hassan Ali menyifatkan PAS sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada gejala murtad. Di samping itu, kepimpinan tertinggi PAS juga sanggup melarang ahlinya menyertai program berkaitan akidah seperti Himpun.

Untuk itu, rakyat diminta menyokong prinsip perjuangan Dr Hassan Ali yang berpegang kepada menjaga kedaulatan agama Islam, memperjuangkan hak orang Melayu dan memelihara institusi Raja-Raja Melayu. Hanya dengan cara ini sahaja akan membuatkan orang Melayu dan agama Islam sentiasa relevan di Malaysia dengan kini ada di kalangan rakyat sendiri yang cuba menafikan hak sebegitu.

DAP bukan parti berbilang kaum sebaliknya ia adalah milik kaum Cina. Itulah yang dapat disimpulkan dalam mengetahui perjuangan sebenar DAP. Walaupun DAP mempunyai keahlian yang terdiri daripada beberapa orang Melayu dan Bumiputera Sarawak namun ianya tidak boleh digambarkan terus sebagai parti berbilang kaum.

Jika di Semenanjung, DAP dianggotai kaum Melayu manakala di Sarawak ianya diwakili sebilangan rakyat Bumiputera Sarawak. Apakah sebab DAP membuka keahliannya kepada kaum bukan Cina?

Prinsip DAP sebagai parti berasaskan kaum Cina tidak dapat lagi digunapakai dalam politik Malaysia. Ianya harus berubah selaras dengan perubahan semasa. Untuk itu, DAP terpaksa ‘mentransformasikan’ DAP menjadi parti pelbagai kaum dalam usahanya mendapatkan kuasa majoriti dalam Pakatan Pembangkang.

Kejayaan DAP dalam PRN Sarawak Ke-10 April lepas telah meransangkan lagi cita-cita DAP untuk terus mendapatkan kuasa dan seterusnya memerintah Malaysia. Peningkatan kerusi DUN yang dimenangi DAP dalam PRN Sarawak Ke-10 berbanding PRN Sarawak 2006 membuatkan perubahan besar perlu dilakukan dalam merealisasikan hasratnya untuk mendapatkan lebih banyak kerusi di kawasan Melayu dan Bumiputera Sarawak.


Kesungguhan DAP Sarawak membuka lebih banyak cawangan di kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera Sarawak khususnya di Parlimen Mas Gading, Petra Jaya, Kanowit dan Kapit memperlihatkan kesungguhan mereka untuk merampas kerusi itu daripada BN. Demikian juga kekerapan DAP Sarawak menganjurkan majlis makan malam dengan menjemput pemimpim DAP Pusat untuk menyampaikan ceramah.

Difahamkan, DAP akan memperkenalkan beberapa calon baru daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sarawak untuk bertanding dalam PRU-13 akan datang khususnya di kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera. Namun, terdapat 5 kawasan Parlimen yang masih menjadi rebutan DAP dan PKR untuk ditandingi dengan masing-masing mahu menonjolkan penguasaan parti. Manakala, PAS hanya bertanding di 5 kerusi daripada 31 kerusi keseluruhannya dengan mensasarkan kemenangan di 3 kawasan Parlimen.

Justeru, kemasukan kaum Melayu dan Bumiputera Sarawak ke dalam DAP adalah atas faktor kepentingan peribadi, dendam serta kecewa setelah gagal mendapatkan sesuatu daripada parti politik Melayu termasuk PAS dan PKR.

Menjadi tabiat Anwar Ibrahim setiap kali menyiarkan kenyataan ‘songsang’ akan menyalahkan BN dan rakyat bahawa kenyataannya itu telah diputarbelitkan media-media tempatan. Mainan Anwar Ibrahim ini bukanlah yang pertama bahkan dah banyak kali sehingga dikenali sebagai Anwar Ibrahim lidah bercabang.

Kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata:

"Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Senator Ezam Mohd. Noor menyifatkan tindakan Anwar Ibrahim itu bertujuan menyuci dosanya terhadap Zionis yang selama ini banyak membantu Anwar Ibrahim dalam mendapatkan sokongan NGO’s Yahudi dan proIsrael.

Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Sebaliknya, penduduk Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar Ibrahim tidak tahu? Anwar Ibrahim sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis.

"Ini kerana Anwar Ibrahim mahu Barat melihat beliau sebagai kawan kepada Zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip pula memberikan alasan yang diberi dalam menghalalkan sokongan ke atas Israel membuktikan Anwar Ibrahim buta sejarah kerana Zionis tidak pernah mengiktiraf hak rakyat Palestin mahu pun orang Islam.

"Golongan Yahudi ini memang telah ditegaskan dalam al-Quran bahawa mereka akan sentiasa memerangi dan menindas orang Islam khususnya bangsa Palestin. Jadi di mana logik alasan yang diberikan Anwar Ibrahim untuk beliau menghalalkan sokongannya kepada Israel.

"Semua ini sebenarnya cerminan sikap beliau yang sejak dahulu pro-Yahudi. Sebab itu Anwar Ibrahim tergamak menyokong segala usaha demi keselamatan Israel ketika rakyat Palestin setiap hari dibunuh dengan kejam dan hak mereka sebagai manusia dinafikan.

Jika di Malaysia, Anwar Ibrahim dilabelkan pelakon utama dalam skrip yang dicanang DAP dengan membohongi PAS apabila berpura-pura menyokong penduduk Palestin dan mengecam Israel Yahudi.

Sebaliknya, menurut Anwar Ibrahim, kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi, maka, wajar hak rakyat Israel juga dihormati, selaras dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi.

Sehubungan itu, PAS diminta agar menyatakan sokongan ke atas Anwar Ibrahim dalam isu negara Israel dengan segera, kerana beliau adalah calon Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Pembangkang.

Kecoh satu Malaysia apabila Anwar Ibrahim buat hal lagi apabila menyiarkan wawancara Anwar Ibrahim yang disiarkan dalam Wall Street Journal. Kenyataan tersebut adalah mengenai penerimaan dan sokongan Anwar Ibrahim terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama ini dan mengutuk segala bentuk ancaman kepada Israel.

Apakah motif wawancara Anwar Ibrahim itu dalam Wall Street Journal yang secara terang menyokong perjuangan Israel atau Yahudi? Mengimbas kembali hubungan Anwar Ibrahim dan rejim Zionis Yahudi ini bukanlah perkara baru dan pernah dilaporkan sebelum ini di dalam blog-blog prokerajaan, tetapi ramai yang menidakkannya khususnya penyokong Pakatan Pembangkang.

Yang pasti ‘hubungan’ ini bertujuan mendapatkan dana kewangan dan sokongan antarabangsa bagi Pakatan Pembangkang menghadapi PRU-13 akan datang.

Masihkah ingat bagaimana pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang mengasak Najib Razak berkenaan dengan Gagasan 1Malaysia yang dijadikan asas pentadbiran dengan menyamakannya dengan One Israel. Biarpun pelbagai alasan dan penerangan dibuat namun menjadi kerja hakiki Pakatan Pembangkang yang tetap menyerang kerajaan dengan fitnah dan tohmahan.

Dan, sekarang Allah telah memperlihatkan kebenaran ke atas hambanya yang dizalimi dan difitnah. Jika dahulu Anwar Ibrahim yang menjadi dalang mengecam Gagasan 1Malaysia sebagai One Israel, kini telah memperlihatkan kebenaran siapakah yang sebenarnya menyokong dan membantu Israel Yahudi, kaum yang dilaknat Allah s.w.t di akhirat kelak.

Berbeza dengan pendirian Malaysia sejak daripada pemerintahan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri hingga kini mengutuk tindakan Israel sehingga membuatkan Malaysia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengadakan hubungan antarabangsa dengan Israel.

Nescaya, jika Pakatan Pembangkang memerintah pastinya hubungan Malaysia dan Israel akan termetrai dengan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri seperti yang diwar-warkan.

Apakah Wall Street Journal tersilap menaip, menulis atau menerbitkan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong perjuangan rejim Zionis Yahudi?

Sunday, January 29, 2012


Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkan beliau dilaknat oleh Allah. Malah tegas Nasrudin, sokongan terhadap Israel itu juga tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat.

"Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seakidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu.

Terdahulu, Anwar Ibrahim dalam wawancaranya bersama The Wall Street Journal yang antara lain menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel atau khususnya rakyat Yahudi. Kenyataan tersebut membayangkan selama ini bahawa asas perjuangan PKR dan Pakatan Pembangkang dibiayai NGO’s Yahudi dan pro-Israel.

Biarpun kenyataan Nasrudin itu hanya mewakili Ketua Pemuda PAS, namun sehingga kini kepimpinan tertinggi PAS yang diketuai Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mat Sabu masih berdiam diri. Apakah mereka takut mahu membuat kenyataan balas terhadap Anwar Ibrahim yang selama ini banyak membantu memberikan sumber kewangan kepada PAS untuk aktiviti politiknya.

PAS yang selama ini menyokong perjuangan penduduk Palestin dan pembentukan negara Israel pastinya terkilan di atas kenyataan Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel atau khususnya rakyat Yahudi.

Biarpun kenyataan itu disifatkan sebagai peribadi atau mewakili PKR, namun setiap kenyataan dan perlakuan Anwar Ibrahim diibaratkan sebagai mewakili keseluruhan Pakatan Pembangkang. Ini termasuklah mewakili PAS yang sememangnya menjadi pak angguk dan pak turut dalam Pakatan Pembangkang.

Namun, situasi PAS sekarang yang didominasi kumpulan profesional yang memihak kepada Anwar Ibrahim pastinya tidak akan melihat dari sudut negatif. Malah, mereka ini akan menyokong kenyataan Anwar Ibrahim biarpun mengetahui tindak-tanduk Anwar Ibrahim itu akan mengundang polemik politik dalaman PAS yang lebih teruk.

Apa pula komen pemimpin PAS selepas kenyataan Anwar Ibrahim itu? Manakala kebanyakan rakyat Malaysia mengutuk kenyataan Anwar Ibrahim yang diibaratkan sebagai pembunuh umat Islam ekoran sokongannya terhadap Israel biarpun melibatkan keselamatan Israel.

Kenyataan demi kenyataan Anwar Ibrahim selepas pembebasannya daripada kes liwatnya menyaksikan Anwar Ibrahim cuba untuk meraih simpati NGO’s pro-Israel yang sememangnya mempunyai sumber kewangan yang banyak bagi membiayai perjuangan Pakatan Pembangkang untuk memenangi PRU-13 akan datang. Jika menang, apa pula balasan dan budi yang terpaksa dibayar Pakatan Pembangkang terhadap NGO’s pro-Israel ini?


Pastinya, Malaysia sebagai sebuah negara Islam akan tergugat Islamnya dan inilah yang dimahukan Israel dalam mahu menghancur dan memusnahkan umat Islam di dunia seperti yang sedang mereka lakukan terhadap Palestin.

PAS harus bangun menentang Anwar Ibrahim dan bukannya menyokong kenyataan Anwar Ibrahim yang membela keselamatan Israel jika mahu melihat PAS masih relevan sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam! Jika tidak, PAS bukan sahaja akan terhakis identitinya bahkan akan menjadi parti politik yang musnah dalam bentuk kejahilan. 

Kenyataan Anwar Ibrahim dalam wawancaranya bersama The Wall Street Journal yang antara lain menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel atau khususnya rakyat Yahudi. Kenyataan tersebut membayangkan selama ini bahawa asas perjuangan PKR dan Pakatan Pembangkang dibiayai NGO’s Yahudi dan pro-Israel yang sememangnya diketahui mempunyai sumber kewangan yang banyak.

Jika sebelum ini Anwar Ibrahim dalam kenyataannya dalam BBC Asia yang membantah undang-undang homoseksual atau gay di Malaysia dan mahu menghapuskannya sekiranya Pakatan Pembangkang menang dalam PRU-13 nanti. Kenyataan ini adalah susulan daripada ‘kemenangan’ Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan hanya disebabkan kesilapan teknikal DNA. Namun, pada hakikatnya perbuatan liwat itu berlaku antara kedua-dua individu itu.

Perbuatan Anwar Ibrahim yang menyokong Israel adalah sangat bertentangan dengan dasar luar Malaysia yang selama ini menyokong perjuangan dan pembentukan negara Palestin. Dan, umum mengetahui bahawa Malaysia tiada mempunyai sebarang bentuk hubungan dengan Israel sejak dari zaman kemerdekaan lagi.

Tindakan Anwar Ibrahim menyokong Israel ini adalah disebabkan sokongan dan pembiayaan mereka terhadap perjuangan PKR dan Pakatan Pembangkang dalam bentuk hubungan pemimpin dan penyaluran sumber kewangan. Selama ini, Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang banyak bergantung harap dengan hubungan ini yang selama ini amat licik disembunyikan.

Apa yang dilakukan Anwar Ibrahim ini diibaratkan menyokong perjuangan Israel dan rakyat Yahudi yang selama ini banyak membunuh rakyat Palestin yang beragama Islam. Ini secara tidak langsung menandakan permusuhan Anwar Ibrahim terhadap Islam yang dibawa penduduk Palestin.

‘Hubungan’ Anwar Ibrahim dan Israel ini biarpun hanya melibatkan pemimpin Pakatan Pembangkang namun sekiranya PRU-13 nanti memihak kepada Pakatan Pembangkang nescaya hubungan diplomatik Malaysia dengan Israel akan terbentuk atas faktor membalas budi. Ini sekaligus menyokong pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam di Israel. Akibatnya, rasa hormat negara-negara Islam terhadap Malaysia selama ini akan berkecai dan musnah.

Saturday, January 28, 2012


Desakan Aziz Bari yang mendesak Menteri Besar Kedah, Azizan Razak diambil tindakan tegas oleh Pakatan Pembangkang ekoran keputusan kerajaan negeri Kedah menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Ketika Pakatan Pembangkang cuba menyakinkan rakyat bahawa AUKU perlu dimansuhkan bagi memberi ruang kepada pelajar IPT untuk berpolitik berbanding belajar, Kerajaan Kedah pimpinan PAS terpaksa menggunakan AUKU untuk mengambil tindakan tegas ke atas pelajar KUIN hanya disebabkan mereka itu menentang pentadbiran KUIN dengan menyertai demonstrasi, memberi ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang media. Mereka didapati terlibat dalam demonstrasi bertujuan menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari.


Desakan Aziz Bari itu membuatkan Azizan Razak melenting dan membuat kenyataan bahawa orang tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain. Malah, Azizan Razak menegaskan keputusan itu tidak dapat ditarik balik kerana sudah dibuat.

Dalam perbicaraan pada 25 Mei 2011 yang lepas yang melibatkan 6 pelajar, KUIN memutuskan 5 pelajarnya digantung dan seorang dipaksa membayar denda.

Mereka terdiri daripada Mohd Faiz Mohd Arshad yang digantung 2 semester manakala Muhamad Aiman Che Abd Razak, Zukhilatif Marzuki, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Mohd Arof digantung satu semester dan diberi surat amaran. Seorang lagi, Mohamad Farhan Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Biarpun penggantungan mereka hanya satu hingga dua semester dan diberi surat amaran serta dikenakan denda namun ianya telah mencemarkan nama mereka sebagai pelajar sekaligus keluarga mereka.


Selaku Pengerusi KUIN, Azizan Razak menjelaskan keputusan itu adalah muktamad dan tidak akan diubah biarpun didesak Anwar Ibrahim mahupun Abdul Hadi Awang. Azizan Razak memang celaka.

Tiada lagi tempat dalam dunia akademik, maka jalan terpaksa ialah terjun ke dunia politik. Itulah kata-kata Aziz Bari, bekas pensyarah UIA yang hampir sebulan meletak jawatan. Kini, bagi meneruskan survive hidupnya beliau terpaksa terjun ke dunia politik. Pastinya, cabarannya kini, kerusi mana yang akan ditandinginya dan parti apakah yang akan diwakilinya?

Menurutnya lagi, disebabkan tekanan yang terimanya oleh pelbagai pihak dan memaksanya beralih ke dunia politik, mahu tidak mahu beliau terpaksa juga menerimanya. PAS, PKR dan DAP. Masing-masing sudah menyatakan minatnya untuk menawarkan kerusi dan tempat dalam parti bagi menghadapi pilihan raya, tetapi beliau masih belum membuat keputusan. Yang pasti, beliau akan bertanding atas tiket Pakatan Pembangkang.

Pemilihan parti tertakluk kepada parti mana yang akan dapat dan mampu menerima kehendak dan tawarannya? Itulah yang menjadi keutamannya sekarang jika mahu memilih antara ketiga-tiga parti itu.

Melihat kepada situasi sekarang, DAP lebih berkemampuan dan mampu memujuk Aziz Bari menyertai parti rasis ini. Selain keterbukaan dan kebanyakan pemimpinnya adalah peguam dan Aziz Bari juga seorang bekas pensyarah undang-undang. Di samping itu, kekosongan tempat dalam DAP kini semakin banyak disebabkan DAP mahu memperbanyakkan calon Melayu dan mahu menjadi parti dominan dalam Pakatan Pembangkang serta bersikap liberal.

PAS parti yang angguk-angguk dan geleng-geleng tidak menjadi pilihannya meskipun sebelum ini Aziz Bari banyak kali menyertai majlis anjuran PAS. Biarpun PAS kini dinaungi kumpulan profesional seperti Aziz Bari, namun disebabkan PAS sebagai parti pak turut peluang untuk Aziz Bari menyertai PAS adalah tipis. Tambahan pula PAS kini berhadapan dengan krisis dalaman yang pada pandangan Aziz Bari sebagai ‘memalukan’.

PKR pula parti yang dinaungi Ketua Pembangkang yang juga bekas tertuduh kes liwat dan dicap juga sebagai kaki seks dilihat sebagai parti yang sangat lemah berbanding kedua-dua kompenan Pakatan Pembangkang DAP dan PAS. Merupakan parti yang tidak konsisten dan lebih bersifat kepentingan kepada Anwar Ibrahim, Aziz Bari tidak mahu identitinya dimanipulasi bagi membersihkan maruah Anwar Ibrahim.

Daripada ketiga-tiga kompenan Pakatan Pembangkang tersebut, DAP mempunyai peluang yang sangat besar untuk dipilih Aziz Bari sesuai dengan sifatnya yang liberal dan mahu memperjuangkan hak sama rata. 

Dalam kajian yang pernah dilakukan beberapa institut pengajian tinggi awam sebelum ini mendapati populariti Najib Razak telah meningkat dan naik mendadak atas kepimpinannya dan Gagasan 1Malaysia yang menjadi tunjang pentadbirannya. Bagaimanapun, populariti calon PM Malaysia, Anwar Ibrahim jatuh menjunam disebabkan dakwaan kes liwatnya dan video seks biarpun Anwar Ibrahim kini telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat.

Gesaan sebuah pertubuhan yang memihak kepada Pakatan Pembangkang, Merdeka Center sebelum ini yang mencadangkan supaya diadakan debat terbuka antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak. Biarpun cadangan itu mendapat bantahan daripada pemimpin-pemimpin BN, tetapi pemimpin Pakatan Pembangkang berkeras mahu mengadakannya ekoran populariti Anwar Ibrahim kini sangat kritikal dan membimbangkan.

Dengan adanya debat secara terbuka ini, Anwar Ibrahim bukan sahaja popularitinya akan naik malah menjadi faktor penentu kepada kemenangan atau kekalahan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13.

Terdahulu, bekas PM, Tun Dr Mahathir menyifatkan debat terbuka antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak tidak perlu diadakan kerana pendirian mereka tidak akan berubah.

Anwar Ibrahim kini akan membuatkan apa sahaja demi untuk menyakinkan kembali ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang yang kini sudah beralih arah dan menyambut baik cadangan dan program yang dilaksanakan BN.

Anwar Ibrahim dalam Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam melemparkan saranan Merdeka Center itu sambil menyahut debat terbuka dengan Najib Razak. Dengan nada penuh yakin, Anwar Ibrahim percaya Pakatan Pembangkang dapat menawan Putrajaya.

Merdeka Center sebelum ini menyatakan hasil perbincangan mereka dengan kumpulan profesional Melayu mencadangkan diadakan satu debat terbuka bagi membincangkan isu-isu besar, isu-isu rakyat dan isu-isu negara. Begitupun, ramai rakyat berpendapat tiada perlu debat sebaliknya lihat pendekatan yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin sekarang. Siapakah yang akan membawa banyak perubahan atau transformasi kepada negara atau negeri yang dinaungi sekarang?

Anwar Ibrahim dengan penuh taksubnya mengulangi pendirian bahawa jika menawan Putrajaya, harga minyak akan turun serta merta dan juga penurunan mendadak harga elektrik. Namun, ketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu, tidak juga beliau menurunkan harga minyak dan kenapa sekarang baru mahu berbuat demikian? Itulah helah politik Anwar Ibrahim yang gemar berjanji dan apabila sudah dapat apa yang diingini maka pura-pura tidak ingat seperti yang berlaku ke atas nasib Kampung Buah Pala.

Bagaimana mahu memerintah negara sedangkan nasib penduduk Kampung Buah Pala yang suatu ketika dahulu telah dijanjikan dengan pelbagai janji, tetapi akhirnya terkubur begitu sahaja dan menyaksikan derita penduduk Kampung Buah Pala dimakan janji-janji Anwar Ibrahim. Jika ini berterusan, bagaimana dengan nasib Malaysia sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah? 

Friday, January 27, 2012


Sehingga kini, Anwar Ibrahim masih belum lagi menyaman mahupun mengambil sebarang tindakan terhadap trio Datuk T berhubung pendedahan video seks Anwar Ibrahim bersama pelacur China pada 21 Mac 2011. Malah, trio Datuk T bersedia berhadapan dengan segala macam tindakan daripada Anwar Ibrahim sekalipun terpaksa menghadapinya di mahkamah.

Trio Datuk T juga meminta Anwar Ibrahim mendapatkan pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seksnya bersama pelacur China. Sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman mereka dan bersedia dihadapkan di mahkamah.

Trio Datuk T juga mengejutkan rakyat Malaysia bahawa terdapat satu lagi video seks Anwar Ibrahim yang perlakuannya telah dilakukan di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011. Video itu dikatakan lebih dahsyat daripada video seks Anwar Ibrahim bersama pelacur China itu. Selain durasinya panjang yang memakan masa selama 2 hari satu malam berbanding video seksnya bersama pelacur China hanya selama lebih kurang 40 minit secara penuh, dikatakan juga stail dan skill Anwar Ibrahim lebih banyak dan aggresif.

Apakah selepas ini kita akan dapat menyaksikan satu lagi aksi seks Anwar Ibrahim yang dikatakan lebih hebat daripada yang pernah dibuat oleh bekas penyanyi Peterpan di Indonesia? Lebih cepat Anwar Ibrahim mengambil tindakan maka lebih cepatlah rakyat Malaysia dapat menikmati aksi seks Anwar Ibrahim versi Thailand. 

Berikutan pembebasan Anwar Ibrahim daripada dakwaan dan tuduhan liwat terhadap Saiful, episod baru kini bermula apabila trio Datuk T bersedia berhadapan dengan Anwar Ibrahim dan mahkamah berhubung video seks Anwar Ibrahim bersama pelacur Chinadoll yang tersebar luas pada Mac 2011 yang lepas.

Malah, dengan lantang trio Datuk T mencabar Anwar Ibrahim melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks sama ada tulen atau tiruan seperti mana yang dilakukan Anwar Ibrahim dalam memanggil doktor pakar daripada Australia untuk memesongkan analisis DNA.

Cabaran itu dibuat apabila sehingga kini Anwar Ibrahim gagal untuk menyaman trio Datuk T yang selama ini menunggu tindakan selanjutnya daripada Anwar Ibrahim. Kenyataan isterinya yang juga Presiden PKR, Wan Azizah berhubung jam Omega yang didakwa ada dalam simpanannya sehingga kini masih belum ditunjukkan kepada rakyat dan trio Datuk T. Sedangkan, jam Omega tersebut kini masih dalam simpanan polis setelah diberikan oleh tio Datuk T bagi membuktikan kebenarannya.

Di sebalik video seks Anwar Ibrahim bersama pelacur China itu, trio Datuk T ada juga menyimpan video seks yang didakwa mereka lebih dahsyat dan berlaku di Thailand. Menurut Trio Datuk T, perlakuan seks Anwar Ibrahim itu dilakukan di sebuah hotel di Thailand pada Januari 2011, iaitu sebelum pendedahan video seks Anwar Ibrahim bersama pelacur China itu.

Bilakah Trio Datuk T akan menayangkan video seks Anwar Ibrahim di Thailand, sama-sama kita tunggu? Apakah tindakan yang akan dilakukan Anwar Ibrahim selepas ini setelah cabaran Trio Datuk T?

Thursday, January 26, 2012


Tindakan Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 ekoran penyiaran artikel dan berita yang dianggapnya sebagai tidak benar berhubung wawancaranya di BBC Asia sejurus selepas dibebaskan daripada tuduhan liwat dianggap sebagai pengecut.

Ini disebabkan ramai lagi individu yang sebelum ini mengaku kawan atau lawan dan mengetahui selok belok perangai Anwar Ibrahim telah ‘membongkar’ dan menyebarkan kepada umum siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Contoh paling rapat ialah trio Datuk T yang awal tahun 2011 mendedahkan kepada umum video perlakuan seks Anwar Ibrahim bersama pelacur Chinadoll.

Selain trio Datuk T, beberapa pemimpin lain yang juga bekas kawan rapat Anwar Ibrahim seperti S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali yang secara terang dan terbuka mendedahkan kesalahan moral Anwar Ibrahim. Begitupun, Anwar Ibrahim tidak pula berani menyaman mahupun dibawa ke mahkamah  walaupun banyak kebenaran dan kemungkaran yang telah dibongkar mereka selama ini.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Anwar Ibrahim menyaman Utusan Malaysia hanya untuk melihat akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia berkubur kerana banyak mendedahkan kemungkaran Pakatan Pembangkang. Manakala, tindakan Anwar Ibrahim untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas bekas rakan dan pemimpin Pakatan Pembangkang yang banyak membongkar kecurangan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang dilihat mahu mengeksploitasi kepada rakyat bahawa mereka ini sebagai pengkhianat dan tidak boleh dipercayai.

''Kalau Anwar betul-betul mahu cari kebenaran, saya cabar dia saman 'orang rapat' beliau yang sekarang secara terbuka dan jelas menyatakan Anwar telah lakukan kesalahan moral dan tidak layak menjadi pemimpin.

''Anwar sepatutnya saman orang seperti Shazryl Eskay yang secara terbuka mendakwa Anwar dalam video lucah dahulu atau Nallakaruppan yang secara terbuka sebut Anwar peliwat.

''Saman juga Ummi Hafilda yang secara jelas sebut skandal Anwar. Anwar tidak berani saman mereka kerana Anwar tahu dakwaan mereka benar dan banyak lagi pekungnya akan dibuka jika kes dibawa ke mahkamah.

Tidak bagi akhbar Utusan Malaysia yang pada pandangan Anwar Ibrahim telah menyusahkan hidupnya dan rakan-rakan Pakatan Pembangkang khususnya dalam mempengaruhi rakyat berhubung kemungkaran yang telah dibongkar Utusan Malaysia. Atas sebab itu Anwar Ibrahim berkeras untuk menyaman Utusan Malaysia berbanding pemimpin dan bekas rakan Anwar Ibrahim yang galak menyerangnya meskipun di tahap mengaibkan. 

Wednesday, January 25, 2012


Ketika ini ramai rakyat Malaysia bercerita tentang mengkehendaki pemimpin politik mengisytiharkan harta mereka supaya lebih telus berhubung harta benda yang dimiliki mereka sejajar dengan pendapatan sebagai pemimpin atau wakil rakyat.

Ini bukan kali pertama isu mengisytiharkan harta benda dijadikan bahan bualan bahkan setiap tahun isu ini dibangkitkan, tetapi tiada sebarang keputusan. Bagi kakitangan awam, tindakan mengisytiharkan harta adalah perkara wajib yang diarahkan dan telahpun dipatuhi setiap tahun. Tetapi, bagaimana pula dengan pemimpin atau wakil rakyat?

Bercakap hal mengenai perisytiharan harta, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat mendesak agar ianya tidak peraturan wajib sebaliknya berpendapat sifat takwa adalah lebih penting daripada mengisytiharkan harta.

Jawapan Nik Aziz itu dilihat sebagai alasan atau sebab untuk tidak mahu mengisytiharkan harta dengan menggunapakai agama. Sedangkan tindakannya sangat mudah, iaitu mengisytiharkan harta tetapi masih mahu berdolak dalih.

Jangan pula cuba menggunakan agama untuk mengaburi mata rakyat bagi tidak mengisytiharkan harta mereka dan mengelak diri bagi menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

Selain Nik Aziz, menantunya Abdul Ariffahmi Ab. Rahman serta Exco kerajaan PAS Kelantan juga didesak mengisytiharkan harta. Ini disebabkan sebelum ini terdapat dakwaan berlaku penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang sebelum ini diterajui oleh Menteri Besar Kelantan dan menantunya itu.

Sehingga kini, ramai rakyat Malaysia masih tertanya-tanya kenapa Nik Aziz dan menantunya takut untuk mengisytiharkan harta jika benar harta yang dimilikinya itu diperolehi secara sah dan halal!

Jika ini tidak berlaku dan kedua-dua bapa mertua dan menantu masih lagi bersikap membisu, drama dan lakonan mereka ini akan menyebabkan Kelantan akan jatuh ke tangan BN pada PRU-13 akan datang. 

Tuesday, January 24, 2012


Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia, Phil Robertson sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila cuba campur tangan dalam isu dalaman negara terhadap penganjuran Seksualiti Merdeka. Campur tangan ini mengundang kemarahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan campur tangan ini sebagai suatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Pada 8 November 2011, Pengarah HRW Asia, Phil Robertson, telah menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang disifatnya telah mendiskriminasi kumpulan LGBT Malaysia dengan membatalkan program tahunan Seksualiti Merdeka.

Selain membantah penghalangan penganjuran Seksualiti Merdeka oleh kerajaan, Phil Robertson juga menyifatkan kes liwat Anwar Ibrahim sebagai suatu tindakan melanggar hak asasi seorang manusia.

HRW adalah jurucakap pembela terhadap kebebasan berkaitan dengan hak asasi manusia, seperti kebebasan beragama, orientasi seks dan kebebasan media.

Mengikut wikipedia, HRW dibantu kewangan oleh George Soros akan tampil menjadi jurucakap jika difikirkannya hak asasi seseorang individu itu dicerobohi seperti mendiskriminasi golongan minoriti seksual, LGBT.

HRW juga menyebut, “Whether or not Anwar Ibrahim engaged in consensual ‘sodomy’ is irrelevant. It’s time to reject this law and end the farcical political theater that promotes discrimination based on sexual orientation and destroys people’s lives” yang dalam bahasa Malaysia bermaksud:

“Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain“.

Oleh yang demikian, HRW menyifatkan kes liwat Anwar Ibrahim itu sebagai perbuatan suka sama suka dan tidak sewajarnya dibicarakan di Mahkamah. Sebaliknya, itu adalah hak asasi manusia yang mempunyai nafsu biarpun ditentang agama. 

Pada 9 Januari 2012, penyokong Anwar Ibrahim yang berkumpul di perkarangan tempat letak kereta di hadapan Mahkamah Tinggi Jalan Duta menyambut kemenangan apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dibebaskan atas kesilapan teknikal berkaitan DNA.

Dalam tempoh itu, penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang memuji keputusan Hakim Mahkamah itu sebagai ketelusan badan kehakiman. Di kala pujian yang tinggi melangit, penyokong Anwar Ibrahim menafikan rayuan yang akan dibuat Saiful Bukhari. Kebanyakan mereka mengkehendaki Saiful Bukhari tidak merayu dan menerima keputusan Mahkamah Tinggi.

Anwar Ibrahim juga mengambil kesempatan pembebasan dirinya itu dengan memberikan amaran kepada BN dalam PRU-13 nanti. Di samping Anwar Ibrahim juga sibuk mengadakan road shownya ke seluruh negeri dan beberapa negara luar bagi menerangkan bagaimana caranya dapat melepaskan diri daripada kes liwat selama 3 tahun lebih.

Bagi pihak keluarga Saiful, bapanya dalam satu temu bual meminta Peguam Negara memfailkan rayuan berhubung hak yang ada padanya sebagai seorang mangsa. Sehingga ke detik akhir pada hari Jumaat, jam 4.15 petang, Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup dari pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, 9 Jan yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Notis rayuan telah ditandatangani oleh Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang pernah mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat tersebut semasa Anwar Ibrahim pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

Rayuan Peguam Negara terhadap pembebasan Anwar Ibrahim telah mendapat perhatian umum daripada satu organisasi berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), Human Rights Watch (HRW). Persoalan di sini, apakah kaitan atau hubungan Anwar Ibrahim yang hanya seorang ketua pembangkang dan Ketua Umum PKR di Malaysia dengan organisasi antarabangsa itu tanpa sebarang kepentingan negara?

Ini kerana kenyataan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson terhadap kes liwat Anwar Ibrahim itu sebagai bukan kes jenayah.
“Keputusan (rayuan) ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangkan kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap satu kes yang sepatutnya bukan kes jenayah.

Kenapa HRW menganggap dakwaan liwat Anwar bukan satu kes jenayah ?

Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa sepanjang perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dalam tempoh 3 tahun lepas, Robertson telah menjalankan satu missionari berkempen menggugurkan kes Anwar.

“Revoke Law Banning Same-Sex Sexual Relations, Drop Case against Ex-Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim” atau “Hapuskan Undang-undang Mengharamkan Hubungan Seks Sejenis – Gugurkan Kes Terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim” yang dikempen oleh HRW banyak disambut oleh gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) seperti di pinknews dan gaystarnews.

Menurut Robertson tindakan mengenakan pendakwaan liwat ke atas Anwar Ibrahim melanggar privasi peribadinya kerana ia dilakukan secara suka sama suka.

Tambah Robertson lagi “undang-undang yang menghukum perlakuan seksual secara suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.

“Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan berlakunya penyalahgunaan kuasa”, katanya.

Dari portal mynewshub.my, mengesahkan kempen HRW itu telah mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya terlibat dalam hubungan seks luar tabie tersebut.

Kenyataan HRW menyebut, “Whether or not Anwar Ibrahim engaged in consensual ‘sodomy’ is irrelevant. It’s time to reject this law and end the farcical political theater that promotes discrimination based on sexual orientation and destroys people’s lives” yang dalam bahasa Malaysia bermaksud:

“Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain“.

Justeru, kini telah terjawab kepada persoalan Kenapa Anwar Ibrahim berani bersuara dalam kes liwatnya walaupun bertentangan dengan agama adalah disebabkan sokongan dan bantuan daripada organisasi antarabangsa yang selama ini membiayai kerja-kerja politik Pakatan Pembangkang. 

Monday, January 23, 2012


Pada awal tahun 2011, negara dikejutkan dengan pendedahan Video Seks Ketua Pakatan Pembangkang Anwar Ibrahim oleh kumpulan Datuk T. Pendedahan itu telah mengoncangkan Pakatan Pembangkang ketika itu yang berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10 April lepas. Kebanyakan kempen Anwar Ibrahim di Sarawak hanya berkisar mempertahankan diri dalam video seks berbanding berkempen politik.

Boleh dikatakan tahun 2011 adalah tahun tontonan Video Seks Anwar Ibrahim Bersama Chinadoll berbanding kes liwatnya ke atas Saiful Bukhari Azlan. Ini kerana Video Seks Anwar Ibrahim Bersama Chinadoll boleh ditonton di youtube dalam pelbagai versi dan durasi.

Kesan daripada Video Seks Anwar Ibrahim Bersama Chinadoll telah membuatkan Osman Ishak, bapa bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhenti daripada menyokong Ketua Pembangkang itu. Selepas menonton video seks itu, kesimpulannya terdapat asas individu terbabit boleh melakukan perkara yang lebih menjijikkan.


Merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim sejak di bangku sekolah dan pernah menjadi Ketua Perhubungan PKR Pahang, manakala anaknya, Rahimi juga pernah bertugas dengan Anwar Ibrahim menjelaskan pendedahan video seks yang didedahkan oleh ‘Datuk T’ dan kemudian disiarkan menerusi blog juga menukar pendiriannya terhadap Anwar Ibrahim.

“Akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan orang yang diperkatakan. Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu... itulah kesimpulan saya.

“Melihat dolak-dalih mereka sekeluarga dalam isu jam tangan yang tidak meyakinkan, kelihatan mereka sangat gelabah. Rasa kemungkinan besar betul, mungkin ada merit untuk kes terdahulu. Video itu mendorong saya tinggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap ketuanya. Saya boleh tengok sendiri berbanding sebelum ini yang hanya mendengar dari cerita orang saja.

Disebabkan terlalu taksub terhadap Anwar Ibrahim, menyebabkan beliau pernah berbalah dengan anaknya, Rahimi, yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar selepas anaknya menceritakan perilaku ketuanya.


Rahimi memberitahu beliau meninggalkan Anwar Ibrahim (meletakkan jawatan), saya sangat terkejut, apatah lagi alasannya adalah sama seperti apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu yang saya anggap konspirasi dan perbuatan zalim, kini kena pula kepada kawan Rahimi.

Selepas Rahimi menceritakan sebab (mengapa dia berhenti), dia membawa ke satu perjumpaan yang mendedahkan banyak cerita mengenai individu sama. Dari detik itu, hati saya berubah 99 peratus dan meninggalkan PKR serta pembangkang.

“Keputusan mahkamah, baru-baru ini semakin melegakan saya kerana kini kesimpulan yang saya buat adalah betul. Ini kerana sejak hari pertama hingga penghujung kes, teori konspirasi ini dicanangkan bagi mengaburi mata rakyat, tetapi keputusan mahkamah sebaliknya.

“Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka memahami apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang sebenarnya berkonspirasi. Ini persepsi saya, tapi selepas keputusan mahkamah, saya menolak 100 peratus PKR dan pembangkang.

Melihat kepada dirinya yang kini sudah kembali ke pangkal jalan, nasihat kepada penyokong tegar Anwar Ibrahim adalah berfikir secara logik akal dan bukan kerana ‘kasihan’. Sifat kasihan inilah yang menyebabkan sehingga kini Anwar Ibrahim sentiasa dibela pengikutnya walaupun mengakui Anwar Ibrahim melakukan perbuatan itu. 

Saturday, January 21, 2012


Semenjak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan tentang inisiatif kerajaan berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Bajet 2012, Pakatan Pembangkang terutama DAP menjadikan BR1M sebagai serangan terbaru mereka ke atas BN.

Pelbagai macam alasan dan kritikan dibuat pemimpin DAP juga PKR dan PAS berhubung BR1M sehingga ada yang mengajak rakyat supaya menolak pemberian itu. Tidak kurang juga yang menyeru rakyat mengambil peluang ini meskipun terdapat syarat yang perlu dipenuhi iaitu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Bermula 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012, ramai rakyat mengambil kesempatan dengan memohon BR1M tanpa memperdulikan gertakan dan tohmahan pemimpin Pakatan Pembangkang. Ini menyebabkan kepimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang berasa gusar terhadap sokongan rakyat terhadap mereka pada PRU-13 akan datang.

Berbeza pula pada pandangan pemimpin BN bahawa pemberian BR1M ini tiada agenda politik sebaliknya ianya hanya digembar-gemburkan pemimpin Pakatan Pembangkang sahaja.

Mereka (DAP) sebenarnya iri hati dan cuba memesongkan rakyat atas segala usaha baik kerajaan BN yang selama ini banyak membantu rakyat. Bagi DAP, segala usaha kerajaan yang dilakukan ke atas rakyat terutama masyarakat Cina dianggap tidak baik dan bersifat politik. Bagaimanapun, DAP tidak pernah berfikir bahawa apakah kebaikan yang telah dibawa pemimpin DAP ke atas rakyat sepanjang menjadi pemimpin mahupun wakil rakyat?

DAP ini selalu sahaja mengambil kesempatan di atas apa yang telah kerajaan buat. Malah, tidak salah dikatakan bahawa DAP ini banyak bercakap daripada membuat kerja. Ertinya di sini, pemimpin DAP lebih gemar menghasut, mencemuh dan mengkritik sesuatu isu dan hanya menyalahkan kerajaan. Sedangkan sebagai wakil rakyat, pemimpin DAP seharusnya membantu rakyat tanpa perlu menghentam kerajaan.

Inilah yang berlaku ke atas pemimpin DAP yang hanya pandai mengkritik dan menghentam kerajaan hanya disebabkan kelewatan pemberian baucer BR1M. Harus diingat bahawa pemberian BR1M melibatkan banyak perkara dan orang seperti pegawai daerah, pemimpin masyarakat, notis dan bank serta membabitkan banyak pihak dan wang.

Ahl Parlimen DAP, Chong Chieng Jen menuduh kerajaan sengaja melambatkan pengagihan BR1M sehingga ke suatu tarikh tertentu sebelum mereka dapat menerima BR1M. Adakah ini suatu agenda politik?

Perlakuan terbaru DAP ini dibuat dengan sengaja supaya rakyat yang menerima lewat BR1M menyalahkan kerajaan sedangkan kerajaan sebelum ini telah menyatakan tarikh dan masa bagi pengagihan BR1M.

Sebelum ini, pemimpin DAP dan juga PKR mengambil kesempatan dalam mengedarkan borang BR1M kononnya ini adalah inisiatif Pakatan Pembangkang. Juga, terdapat segelintir penyokong PKR yang bertindak menjual borang BR1M bagi tujuan mendapatkan keuntungan dan memalukan kerajaan. Kini, DAP mengambil kesempatan dengan menjadi hero bagi mendapatkan BR1M. 

Friday, January 20, 2012



Tindakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang membuat rombakan portfolio dengan mengambilalih portfolio Hal Ehwal Islam menggambarkan seolah-olah PAS kini sedang dipijak-pijak maruahnya.

Selama ini, PAS bermegah dengan jawatan Exco yang berperanan dalam Hal Ehwal Agama di setiap negeri yang ditadbir Pakatan Pembangkang, tetapi kini sudah tidak ada lagi. Kepercayaan terhadap PAS dalam agama sudah ‘mati’ dan tindakan meletakkan portfolio agama di bawah kuasa seorang yang tidak arif dalam agama mengundang kepada kehancuran.

Ini sekaligus menggambarkan kepada kepada rakyat Selangor bahawa PAS kini sudah tidak layak memegang jawatan penting itu meskipun mempunyai ramai pemimpin berwibawa. Disebabkan kepentingan dan kekuasaan politik maka portfolio itu tidak lagi secara automatik kepada PAS sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan Menteri Besar.

Seperti dalam sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan.


Perubahan itu jelas bertentangan dengan amanat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 2008 yang mahu memastikan kepimpinan PAS Selangor mempertahankan portfolio sensitif tersebut.

Perkembangan terbaru ini sekali lagi membuka mata masyarakat awam bahawa PAS kini terpaksa menjadi ‘pak turut’ kepada parti komponen pembangkang yang lain.

Thursday, January 19, 2012



Sebanyak lebih 3,000 laporan polis telah dibuat rakyat Malaysia ke atas Pengerusi BERSIH S. Ambiga yang mengepali Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 pada Julai 2011, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan yang dibuat ke atasnya yang disifatkan sebagai menganggu ketenteraman awam.

Malah, hanya mengambil keterangan daripada S. Ambiga dan selebihnya dilepaskan begitu sahaja. Atas sebab itu, S. Ambiga semakin hari semakin besar kepalanya malah difahamkan mahu mengadakan BERSIH 3.0 sebelum PRU-13 akan datang.

Ugutan S. Ambiga dan koncunya dilihat sangat melampau dan perlu tindakan tegas dilaksanakan ke atasnya tanpa ada kompromi terhadap pergerakan haram tersebut.

Disebabkan polis tiada mengambil sebarang tindakan sewajarnya, akibatnya mereka berterusan membuat ugutan dan berkemungkinan sekali lagi mengadakan perhimpunan haram.

Semalam, S. Ambiga tidak menolak untuk sekali lagi turun ke jalanan sekiranya cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Inilah dia S. Ambiga seorang yang bukan sahaja anti-Islam malah disifatkan sebagai seorang yang besar kepala. 
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!