TERLALU BANYAK POLITIK SEBABKAN RAMAI AHLI PAS KECEWA DAN KELUAR PARTI




Menjelang PRU-13, gejala keluar parti dan masuk parti baru sememangnya tidak dapat dibendung lagi disebabkan kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang tidak mengambil berat mengenai masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.dan kemahuan diri sendiri tanpa sebarang paksaan. Inilah yang berlaku ke atas kebanyakan ahli dan penyokong PAS yang kini berterusan keluar parti dan menyertai UMNO dan BN.

Seorang penyokong PAS dari Kuala Besut, Ahmad Ibrahim, 57, berkata beliau merasa kecewa kerana parti pembangkang itu tidak memberi perhatian terhadap masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.

"Saya cuba untuk bersuara kepada pemimpin di peringkat kawasan bagi mengatasi masalah penduduk, tetapi mereka kutuk saya dari belakang menyebabkan saya rasa kecewa.

Ahmad berkata, beliau meninggalkan parti itu sejak 1999 kerana kecewa dengan perjuangan PAS dan berjanji untuk memberi sokongan kepada BN.

Seorang lagi anggota PAS, Isa Idris, 68, berkata, beliau menyertai UMNO dan BN hasil daripada kesedaran apabila PAS negeri mengambil tindakan membubarkan PAS Kawasan Besut sebelum pilihan raya 1999.

"Saya juga kecewa dengan tindakan parti pembangkang itu atas beberapa perkara yang dicetuskan bersama parti pakatan pembangkang di mana mereka mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur, selain doa-doa yang dibaca oleh pemimpin mereka yang tidak sepatutnya diucapkan.

"Saya lihat penyokong PAS sekarang "sudah sedar" sandiwara yang dimainkan parti itu dan ramai penyokong mereka akan menyertai UMNO atau BN selepas ini," katanya yang mengetuai 210 anggota dan penyokong Pas dari Kuala Besut menyertai UMNO.

Pada majlis itu seramai 310 anggota dan penyokong PAS dari Besut, Jabi (Setiu) dan Ru Redang (Marang) menyertai UMNO serta berjanji membantu parti pemerintah memenangi pilihan raya umum akan datang.

Tidak dinafikan juga selain ahli dan penyokong PAS, ianya juga terjadi di kalangan ahli PKR dan DAP di beberapa kawasan. Fenomena ini membuatkan Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang bimbang senario terbaru yang dijangka akan menjejaskan sokongan ke atas mereka.

Dalam hal ini yang harus dipersalahkan ialah Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Pembangkang yang tidak menguruskan kawasan dengan berkesan sebaliknya hanya berpolitik sepanjang masa. Lebih-lebih lagi sekarang fokus mereka hanya menuju ke Putrajaya dan bukannya masalah rakyat. Demikian juga gemar membuat huru-hara dengan mengadakan demontrasi dan himpunan yang secara langsung menyusahkan masyarakat awam.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

December 24, 2012 at 2:41 AM

Umno ganu tak payah kempen pru nnt semua ahli pas dh masuk umno

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger