PKR Perak
berdepan masalah menjelang PRU13 apabila beberapa
Cabang PKR diberitakan sedang bergolak dan mengalami berkemungkinan akan dibubarkan akibat rasa tidak puas hati sebilangan ahli dan pemimpin parti berhubung calon pilihan PKR Pusat.
Bekas Ketua PKR
Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa, kemelut dalaman PKR peringkat Cabang
itu dikesan berlaku di Tambun, Tapah dan Lumut semakin parah apabila ahli-ahli
jawatankuasa Cabang dan ahli-ahli lama bergerak dalam satu pakatan dinamakan
Action Team PKR.
Katanya, kewujudan
kumpulan itu semata-mata untuk melawan calon-calon PKR yang sedia ada sebagai
tindakan menolak calon-calon pilihan kroni pimpinan negeri.
“Di Tambun kemelut
mereka makin parah kerana muncul satu watak dari luar PKR Tambun yang berusaha
menjadi calon di DUN Hulu Kinta dan dikatakan mendapat restu kroni pimpinan PKR
Negeri sekali gus mengetepikan calon dari Cabang Tambun yang telah bekerja
keras selama ini untuk PKR Tambun.
“Tambah parah,
apabila pemimpin Cabang Tambun dikatakan tidak serius menangani masalah
tersebut kerana berada dalam keadaan selesa,” katanya dalam satu kenyataan
kepada Sinar Harian, semalam.
Fauzi berkata,
terdapat individu dalam parti dipercayai mempunyai kaitan dengan parti lawan
mula menunjukkan minat untuk bertanding di kawasan itu dan tidak menghormati
ahli-ahli Pakatan Pembangkang di situ.
Katanya, isu
tersebut semakin hangat diperkatakan sekarang kerana ahli-ahli PKR Tambun dan
kepimpinan PAS Tambun telah menentang individu tersebut daripada menjadi calon
Pakatan Rakyat di situ.
Beliau berkata,
amat malang bagi ahli-ahli PKR dan PAS Tambun jika watak ini benar-benar
berjaya menjadi calon Pakatan Pembangkang di Ulu Kinta.
“Kemelut yang sama
juga sedang melanda di Cabang Tapah dan Lumut. Ramai orang-orang lama di sana
datang berjumpa saya meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemilihan
calon di Parlimen Tapah, Parlimen Lumut dan DUN Pangkor adalah muka-muka baru
yang dulunya adalah penentang kuat PKR.
“Sejak PKR mula ada
kuasa dan ada tokoh-tokoh dari BN ini, PKR dilihat ingin
menghalau dan mahu membunuh karier politik orang-orang lama yang berjuang untuk
PKR bagi menaikkan muka-muka baru yang tak laku dalam BN.
Beliau berkata,
ahli-ahli PKR di Cabang Tambun, Tapah dan Lumut sedang bersiap sedia untuk
melawan calon-calon yang ditonjolkan oleh puak-puak pimpinan negeri tersebut
melalui Action Team PKR tersebut.
Katanya, tindakan
itu dibuat kerana mereka menganggap suara dan tuntutan mereka tidak didengar
dan tidak dihormati oleh pimpinan PKR Negeri.








BN dijangka sapu balik bagan serai, gopeng dan sungai siput..knp tak prtahnkn kerusi tu..pkr ni dah le ramai ahli buangan umno, dah jd mcm gengster..elok lah umno buang mereka dulu...lps ni pengundi pilih je tolak mereka ke laut..hidup pun menjd pengkhianat kepada umat islam..takkan bn tambun, lumut, tapah nak lpskn kerusi2 tu..pru13 nnti bn kena ambil balik 11 kerusi parlimen yg kalah..jdkan matlamat sapu bersih 24 kerusi parlimen dan 59 kerusi dun di perak dlm genggaman. tiada yg mustahil kerana bn perak pernah melakukannya. rakyat nak tengok gerombolan yg berdegar2 kemaruk kuasa dan angkuh ni brhenti dari terus menipu dan bertaubat di atas kemusnahan yg mereka lakukn..cukup2lah
BalasPadamSalam Sahabat seperjuangan..
BalasPadamMohon dapat di linkkan blog saya tuan..
http://taipingcentral.blogspot.com/
Untuk posting blog Terbaru saya:
http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/live-hmetromy-bongkar-5-artis-malaysia.html?m=0
Semoga perjuangan Kita menambahbaikkan ukhuwah sesama kita. Semoga berjaya..
Hebat blog bro.......