PENGUNDI GOMBAK TOLAK ANWAR IBRAHIM PAKATAN PEMBANGKANG CETUSKAN HURU HARA



Ramai penyokong Pakatan Pembangkang khususnya PKR marah terhadap insiden yang berlaku di Gombak Utara pada malam Rabu lepas. Di pihak UNO dan BN, seperti Pakatan Pembangkang, mereka juga marah terhadap insiden berdarah yang berlaku seolah-olah dirancang pihak tertentu.

Kesannya, kedua-dua penyokong Pakatan Pembangkang dan UMNO telah mengalami kecederaan yang agak parah juga. Masing-masing menunding jari antara satu sama lain dalam aksi memulakan pergaduhan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, seorang penyokong yang juga ahli PKR telah bertindak provokasi ke atas ahli-ahli UMNO yang bediri di tepi jalan bagi menyatakan bantahan bahawa penduduk Gombak tidak mengalu-alukan kehadiran Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang mengadakan ceramah di situ.

Menurut Pemuda UMNO Gombak, penduduk kampung tradisi Batu 8 tidak mengalu-alukan kehadiran Anwar Ibrahim. Mereka sudah muak dan bosan dengan kandungan ceramah Pakatan Pembangkang yang banyak menabur janji palsu dan membuat fitnah terhadap pemimpin UMNO dan BN.

Difahamkan juga penganjur Ceramah Merdeka Rakyat itu tidak mendapat permit polis dan dibuat secara haram. Begitu, bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kehadiran polis ditagih bagi membantu mengawal keselamatan.


Menurut salah seorang penduduk Gombak yang hadir mendengar ceramah tersebut, Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden PKR sibuk bercakap hal luar negara tetapi langsung tidak menyentuh mengenai situasi semasa yang dihadapi mereka seperti masalah banjir. Malah, sebelum ini ada di kalangan mereka mengajukan permasalahan isu banjir yang dihadapi sebelum ini tetapi tiada sebarang respon daripada Ahli Parlimen PKR itu.

Jika dalam media sosial, penyokong Pakatan Pembangkang sibuk mengatakan penyokong UMNO yang memulakan insiden pergaduhan itu tetapi hakikatnya ramai yang tahu bahawa penyokong Pakatan Pembangkang telah melakukan provokasi dengan membaling batu dan objek ke atas sebilangan Pemuda UMNO Gombak yang langsung tidak membalasnya.

Selain penyokong Pakatan Pembangkang tempatan dari Gombak, turut kelihatan penyokong Pakatan Pembangkang yang diimport khas dari luar bagi meramaikan keadaan.

Tindakan polis berjaya mengawal keadaan dan meleraikan pertelingkahan penyokong kedua-dua parti.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 7, 2012 at 3:41 AM

Tok pengajaran pakei kita di Sarawak. Sapa dan cam nei hati perut sidak PR tok. Satu lagi contoh pakei kita di Sarawak mandin (compare) - nei kerajaan bagus, nei kerajaan sik bagus... Baca di sitok,
http://keris7lok.blogspot.com/2012/12/rakyat-sungai-petani-menangis-ditipu.html?m=1

Sayang Sarawak sungainya berpagar,
Kukoh kekuatan untuk keselamatan;
Jangan dah terpelecok baru nak sedar,
Contoh dan tauladan bersepah bertanuran.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger