PEMBAHAGIAN KERUSI PRU-13 BELUM MUKTAMAD DAP TETAP BERTANDING DI PARLIMEN MAS GADING



Menurut Setiausaha Agung DAP Sarawak Chong Chieng Jen, biarpun keputusan akhir mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi parti-parti Pakatan Pembangkang di Sarawak masih belum muktamad, DAP Sarawak akan memulakan kempen pilihan raya dalam usahanya merampas kawasan Parlimen Mas Gading pada PRU13.

“Selesai atau tidak isu pengagihan kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 mesti dilakukan mulai sekarang.

“Pilihan Raya Umum semakin dekat… kita hampir menyelesaikan masalah pertindihan tuntutan kerusi dan ia hanya melibatkan beberapa kerusi sahaja.

“Kami masih menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan kita untuk membincangkan perkara ini.

DAP yakin kerusi Parlimen Mas Gading yang sebelum ini disandang BN-SPDP akan dapat dirampas menerusi calon DAP yang berketurunan Bidayuh, Mordi Bimol. Beliau merupakan bekas pembantu khas Chong Chieng Jen.

Selain DAP, PKR juga berminat dan mahu meletakkan calon mereka di kawasan Parlimen Mas Gading. Majoriti pengundinya terdiri daripada penduduk Bidayuh dan ini menjadikan PKR begitu berminat kerana mereka mempunyai calon berketurunan Bidayuh yang sememangnya dikenali ramai berbanding calon DAP. Malah, PKR menggunakan perang psikologi dengan mengatakan DAP hanya untuk parti orang Cina. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger