PAS TIDAK YAKIN PAKATAN PEMBANGKANG AKAN DAPAT MAJORITI 2/3 KERUSI PARLIMEN



Menjelang PRU-13, tidak ramai berkeyakinan Pakatan Pembangkang akan memperoleh majoriti 2/3 dan membentuk kerajaan dengan selesa. Ini diakui sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali ketika diminta mengulas mengenai peluang pakatan dalam PRU-13 akan datang ini.

Dengan diselubungi pelbagai isu dan kontroversi peluang Pakatan Pembangkang untuk mencipta sejarah tidak menjadi kenyataan dengan isu yang dihadapi Pakatan ketika ini yang terlalu banyak dan kejayaan BN ‘mencuri’ hati rakyat menerusi program transformasi Najib Razak.

Manakala, di pihak BN, kerajaan yang memerintah dengan kini keyakinan rakyat semakin terserlah ditambah dengan populariti Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang kini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia termasuk mereka ‘hardcore’ dengan PAS, DAP mahupun PKR.

Selama ini, Kerajaan BN di bawah Najib Razak sentiasa mendahulukan rakyat dan setiap janji ditunaikan dengan jayanya. Jika ada yang terlupa sekalipun, ia hanya melibatkan beberapa kawasan yang memerlukan beberapa lagi peringkat sebelum projek tersebut dilaksanakan. Maksudnya di sini bukan Kerajaan BN tidak tunai janji, tetapi terdapat masalah lain yang perlu diselesaikan.

Atas alasan itu, BN kini semakin berkeyakinan bahawa mereka dapat memperoleh majoriti 2/3 seperti yang diharapkan supaya segala perancangan dan RMK-10 yang telah dirancang sebelum ini dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang tentangan daripada Pakatan Pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Pakatan Pembangkang tidak kuat dan percaya rakyat akan memilih dan memihak kepada BN. Tidak dinafikan kekhuatiran Najib Razak ada asasnya iaitu sabotaj parti.

Kini, BN memiliki 137 kerusi di Dewan Rakyat yang memperuntukkan 222 kerusi. Dijangka jumlah kerusi itu akan meningkat mendadak akibat daripada sokongan semasa yang memihak kepada BN.

Ingat janji 16 September 1998 yang dicetuskan Anwar Ibrahim yang yakin bahawa ada di kalangan wakil rakyat BN akan melompat parti setelah disogok dengan janji, jawatan dan pelbagai insentif lain. Namun, Allah s.w.t bersama hambanya yang sentiasa dikhianati apabila kejadian itu tidak berlaku sebaliknya berlaku ke atas DUN Perak.

Bagaimanapun, BN hanya akan memperolehi majoriti 2/3 dengan syarat tiada elemen sabotaj dalam parti seperti yang berlaku dalam Pakatan Pembangkang di DUN Perak dan beberapa lagi kawasan. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 26, 2012 at 9:15 PM

Cuba senaraikan apa jasa PAS dan Jasa BN?? Agak2nya jasa mana yang banyak??? Hehehe..Putrajaya tu idea sape?? TAK MALUNYA PAKATAN...

Anonymous
December 27, 2012 at 1:43 AM

Setuju.. pr boleh bermimpi untuk 5 tahun lagi haha

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger