PAS MENENTANG ARAHAN TOKONG LIM GUAN ENG



Tidak sampai 48 jam, isu ‘kalimah Allah’ yang ditimbulkan Lim Guan Eng bersempena dengan ucapan Hari Natal kini kembali hangat. PAS yang bersekongkol dengan DAP menentang arahan Lim Guan Eng yang juga Setiausaha DAP dalam penggunaan kalimah Allah.

Hakikatnya, isu itu sebenarnya telahpun ditangani dengan baik oleh Kerajaan apabila melarang penggunaan nama Allah dalam Bible. Sebelum ini, Akhbar mingguan Katolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan ‘ALLAH’ untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Sebaliknya, PAS menyarankan kepada Lim Guan Eng supaya kitab Bible yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris hanya perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan penggunaan perkataan asal dalam kitab agama Kristian. Sambil merujuk kepada perkataan asal digunakan ‘God’ dalam kitab Bible, maka terjemahan tepat perkataan itu adalah Tuhan.

Manakala, PKR mencari jalan selamat apabila memberikan jawapan penggunaan kalimah Allah itu tidak lagi dijadikan isu memandangkan ia telah dijawab dan penggunaannya perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan.

LIM GUAN ENG CUBA CETUSKAN ‘PERANG’ AGAMA

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi mencetuskan kontroversi bersempena sambutan Krismas yang disambut masyarakat beragama Kristian dengan menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Ini pastinya akan membangkar kemarahan masyarakat Islam di negara ini khususnya di Semenanjung Malaysia yang menyifatkan cadangan dan gesaan Lim Guan Eng ini akan membuatkan masyarakat Islam keliru.

Hakikat yang harus dihadapi Lim Guan Eng ialah perkataan ‘ALLAH’ adalah eksklusif kepada umat Islam. Manakala, agama lain berhak menggunakan nama lain selain Allah.

Sebelum ini, Akhbar mingguan Katolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan ‘ALLAH’ untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan ‘ALLAH’ adalah salah di sisi undang-undang.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak langsung memberikan pengajaran kepada Lim Guan Eng dan DAP sebaliknya berkeras demi mendapatkan sokongan politik menjelang PRU-13. DAP dan Pakatan Pembangkang bukan sahaja sanggup mempermainkan agama bahkan undang-undang negara.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

Apa pula kata PAS dan penyokongnya terhadap gesaan terbaru Lim Guan Eng mengenai penggunaan perkataan Allah dalam Bible? Sama-sama kita tunggu.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 26, 2012 at 9:13 AM

POK MOSTOPA Ni bukan marah betul marah pilihanraya je!!!!!beginilah sikap pemimpin politik Melayu,bukan nak ingat agamabangsa bila berpolitik,Bodoh2 pemimpin dahulu ada juga ingat nak bela bangsa yang merempat hingga dapat ke tahap hari ini.
Tengok macam rombongan oren yg ke Felda,ada ke niat diaorang nak majukan bangsa? Dapat upah dapat kereta pinjam,Belagak konon akulah hero,ada Melayu dan orang Felda yang dapat faedah dari huruhara mereka tu!Cuba tanya diorang ni,apa perancangan untuk memajukan anak bangsa!x depun.Ceramah macam diaorang ni budak pun pandai

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger