PAKATAN PEMBANGKANG SANGSI KILANG LYNAS SELAMAT



Lynas selamat dan tidak akan memudaratkan penduduk yang tinggal berhampiran dengan kilang itu. Inilah hasrat syarikat terhadap rakyat di Pahang bahawa pembinaan kilang Lynas itu sedikitpun tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat seperti yang pernah diuar-uarkan Pakatan Pembangkang sebelum ini sehingga sanggup mengadakan Himpunan Hijau.

Menurut Pengarah Urusan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad, hampir dua tahun kami melalui kesusahan kerana fitnah tanpa henti dan tanpa bukti yang disebarkan oleh pihak anti Lynas bagi meracuni fikiran rakyat. Dan, dalam tempoh itu kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit bagi membuktikan bahawa kilang itu selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang ramai dan alam sekitar.

"Lynas terpaksa mengambil pelbagai usaha dengan membelanjakan jutaan ringgit untuk menangkis semua tohmahan, antaranya membayar kos pakar-pakar antarabangsa untuk mereka sediakan fakta-fakta kepada orang ramai,"

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 Nov lepas menolak permohonan tiga penduduk Kuantan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut, sekaligus membenarkan kilang itu beroperasi.

Menurut beliau, enam badan bebas juga telah ditubuhkan untuk mengkaji aspek keselamatan kilang pemprosesan nadir bumi itu.

Selain itu, pihaknya juga terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli pelbagai alat yang memang tidak diperlukan, namun bagi memuaskan hati semua pihak, tindakan itu terpaksa dilakukan.

"Kita sudah penat hadapi kerenah pihak anti-Lynas ini, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kerajaan amat teliti dan berhati-hati dalam mengambil setiap usaha dan tindakan bagi memastikan Lynas selamat untuk semua pihak termasuk alam sekitar.

Pada sesi taklimat itu, Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas Prof Dr Ismail Bahari turut melakukan demonstrasi perbandingan tahap radiasi  antara bahan mentah yang akan diproses menjadi nadir bumi dan bahan mentah lain seperti monazide dan amang perak (bijih besi) di hadapan 50 penduduk kampung yang hadir.

Penduduk kampung dapat melihat sendiri bahawa ukuran tahap radiasi ke atas bahan mentah nadir bumi amat rendah berbanding bahan mentah lain selain mereka berpeluang memegang dan menghidu bahan mentah yang didakwa amat berbahaya oleh pihak pembangkang.

Pegawai Rukun Tetangga Taman Balok Baru, Mokhtar Mamat, 63, berkata dia kini lebih memahami operasi kilang tersebut setelah berpeluang menghadiri sesi taklimat hari ini.

Katanya segala maklumat yang diperoleh itu akan disampaikan kepada semua penduduk di kawasan kejiranannya supaya setiap mereka mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai Lynas.

Sariah Awang Ngah, 45, dari Kampung Sungai Karang Darat pula berkata sebelum ini dia masih ragu-ragu mengenai tahap keselamatan kilang Lynas kerana telah mendengar pelbagai versi berbeza mengenainya.

"Hari ini barulah saya dapat gambaran sebenar apa yang dikatakan nadir bumi, sebelum ini hanya dengar cakap dari mulut orang tapi hari ini juga saya saksikan sendiri demonstrasi yang dilakukan pihak Lynas.

Bagi Pakatan Pembangkang, sejauh mana Kerajaan meraikan kejayaan dalam menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat tentang perkara yang benar maka semakin kuat jugalah Pakatan Pembangkang menabur fitnah.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 8, 2012 at 1:50 AM

mereka pembangkang jika pihak lynas jujur apa ta saman mangkok itu, bising pun ta guna, mereka itu sman org jika buat fitnah wpun betul meka buat tp menafikan dan menyaman utk tutup mulut org ramai. Tidak ada kebebasan pada pihak an kumpulan menyokong Raja bontot, mereka tau ada sesuatu yg di sembunyikan sebab itu pihak lynas takut nak saman, kami meluat kes ini telah politikkan, Jawapan apa pun kamu all beri Rakyat telah percaya Lynas itu bahaya..itu aja

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger