PAKATAN PEMBANGKANG MENAFIKAN TIDAK PERNAH TERIMA DANA ASING TAPI PERNAH REMBAT DUIT AHLI



Jika tidak pernah menerima dana asing kenapa perlu takut dan mempertikaikan tindakan Bank Negara? Namun, berdasarkan bukti dan beberapa pendedahan yang dibuat oleh bekas pemimpin tertinggi PKR mahupun PAS, ternyata Pakatan Pembangkang telah menerima dana asing dan digunakan dalam PRU 2008 yang lepas.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sebelum ini memberitahu Bank Negara akan memantau sebarang kemasukan dana asing yang digunakan untuk membantu parti-parti politik mahupun bukan badan bukan kerajaan seperti SUARAM yang propembangkang untuk mensabotaj BN dan PRU-13.

Di sebalik tindakan Bank Negara itu, PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali menemplak tindakan Bank Negara itu sebagai memperlihatkan Pakatan Pembangkang sebagai pesalah dalam isu itu. Mustafa Ali dengan tegas mengatakan tidak pernah berlaku kes seumpama itu dalam pembangkang bagi meneruskan survival politik mereka.

Agaknya PAS tidak pernah bertanya dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mahupun Wan Azizah serta Azmin Ali berhubung dana asing ini. Manakala PAS juga tidak merujuk kepada SUARAM dan Malaysiakini yang secara terang mengakui menerima dana asing daripada korporat Yahudi, George Soros.

Di sebalik menafikan menerima dana asing, Mustafa Ali merujuk kepada kes Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang menerima dana RM40 juta. Apakah PAS tidak bertanyakan kepada PKR dan Anwar Ibrahim di manakah mereka mendapat dana yang banyak untuk membiayai PRU 2008?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger