NIK AZIZ TUNJUK KEDEGILANNYA DALAM AMANAT HAJI HADI



Nik Aziz telah menasihatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk tidak menarik balik Amanat Haji Hadi yang pernah dikeluarkannya pada tahun 1981. Sebaliknya, tegas Nik Aziz meminta Presiden PAS itu tidak tunduk dengan desakan UMNO, BN dan Utusan Malaysia yang telah memainkan kembali Amanat Haji Hadi.

“Agama ini bukan hak Haji Hadi seorang, agama ini hak semua, maka kerana apa pihak berkenaan tidak mahu berdepan dengan Haji Hadi, kerana apa, takut?

“Ajar puak penakut ini, takut tidak dapat duit, biar Haji Hadi tegap dengan keputusan dia.

Terdahulu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid meminta Abdul Hadi tidak terus membisu terhadap isu tersebut kerana perlu tampil memberikan penjelasan sesuai dengan prinsip Islam.

Bekas ahli PAS seumur hidup, Zainon Ismail sebelum ini turut mendedahkan puluhan ribu ahli dan pengikut PAS dikesan masih berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sehingga kini menganggap orang UMNO kafir.

Dengan situasi terbaru itu, sebagai pemimpin Abdul Hadi Awang kini memikul dosa-dosa yang telah dan pernah dilakukan orang-orang PAS yang taksub dengan Amanat Haji Hadi.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 27, 2012 at 6:04 PM

Najis babi kenapa tak keluar fatwa orang melayu islam yang masuk pkr atau dap

December 27, 2012 at 11:37 PM

... Hanya saekor anjing yang memahami saekor anjing yang lain ...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger