NIK AZIZ SUKAR TERIMA KEKALAHAN PRU-13 DENGAN CARA SEBEGINI



PRU-13 kali ini penentu kepada politik Nik Aziz Nik Mat, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Ini percubaan Pakatan Pembangkang untuk menakluk Malaysia pada PRU 2008 tidak kesampaian meskipun tsunami politik melanda Malaysia. Begitu juga PRN Sarawak Ke-10, biarpun DAP menang dengan pertambahan 4 kerusi DUN menjadikan 15 kesemuanya dan ditambah PKR 2 kerusi DUN  dan satu Bebas. Semua ini angkara pengundi Cina yang terlalu percaya sangat kepada kepimpinan Pakatan Pembangkang.

Bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz PRU-13 ini penentu kepada cemerlangnya politik Nik Aziz atau berakhir dengan kekecewaan dan kehampaan. Terlalu banyak isu yang ditimbulkan Nik Aziz sehingga ahli PAS sendiri sudah tidak percaya dengan Nik Aziz.

Begitu juga dengan golongan ulama PAS yang kini hanya dianggap sebagai boneka akibat kekuasaan golongan profesional atau puak Anwarisma yang menguasai PAS pada era selepas PRU 2008.

Semuanya berpunca daripada insiden di Gombak Utara yang menyaksikan huru-hara akibat kehadiran pemimpin Pakatan Pembangkang yang mengadakan ceramah tanpa permit hingga mengakibatkan pergaduhan dan kecederaan.

Ramai pihak termasuk Nik Aziz mengutuk insiden berdarah itu yang disifatkan sebagai tidak bertamadun. Tetapi, Nik Aziz lupa bahawa puak Pakatan Pembangkang yang memulakan pergaduhan itu dengan mencetuskan provokasi melampau.

Tegas Nik Aziz lagi, mereka yang memulakan serangan dan pergaduhan itu memberikan isyarat bahawa PRU-13 akan datang ini akan berlaku dalam keadaan yang tegang sambil menyifatkan pihak yang kalah pasti tidak akan menerima kekalahan hingga mencetuskan kekacauan. Kata-kata Nik Aziz ini lebih merujuk kepada perbuatan penyokong PKR yang memulakan serangan pada malam kejadian itu.

Atas kejadian itu, Ni Aziz mendoakan bahawa, "moga ALLAH berbuat apa yang sepatutnya sama ada memberi hidayah ataupun turunkan bala setimpal apa yang telah dilakukan mereka beserta dengan sekutu-sekutu mereka."

Polis dalam pada itu mengesahkan penganjur gagal mematuhi Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman yang mensyaratkan notis diberi dalam tempoh 10 hari kepada polis dan bukan hanya lapan hari.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 7, 2012 at 4:29 AM

Yang menarik perhatian saya dalam tulisan Blogger kali ini adalah petikan kata-kata Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, se orang dikatakan 'ulama',

Ni Aziz mendoakan bahawa, "moga ALLAH berbuat apa yang sepatutnya sama ada memberi hidayah ataupun turunkan bala setimpal apa yang telah dilakukan mereka beserta dengan sekutu-sekutu mereka."

Doa dan permintaan Allah turunkan 'bala' menjadi frasa yang sinonim dengan nama tak guru ini. Tidakkah ini mencerminkan betapakah peribadi dia ini penuh dengan rasa dendam dan benci; tidak seperti kebnyakan ulama yang lebih menserlahkan rasa kasih sayang dan bertimbang rasa? Bukankah ini sunnah Nabi Muhammad (saw)? Allahuwaklam. Hanya secebis pandangan... Maaf kalau terlanjur kata.

Anonymous
December 8, 2012 at 6:02 PM

wajah situa kutuk penipu atau wajah setan tua kutuk yg dimurkai, dibenci dan direjam oleh Allah SWT diakhirat setiap waktu dan masa.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger