NAJIB RAZAK JANJI BINA RUMAH KOS RENDAH MANAKALA LIM GUAN ENG MASIH BERDIAM DIRI



BN mengotakan janjinya kepada rakyat Pulau Pinang apabila mengumumkan Kerajaan akan membina sebanyak 20,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik serta sistem pengangkutan monorel akan dibina di negeri ini sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk mentadbir semula kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Najib Razak dalam lawatan sehari ke Pulau Pinang bersempena dengan Karnival Jelajah Janji Ditepati menyatakan sebanyak 10,000 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan 10,000 lagi oleh JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Rumah yang dibina oleh PR1MA Berhad berharga lebih rendah di pasaran, misalnya kalau harga pasaran sebuah rumah RM500,000, kita akan jual RM300,000 kepada rakyat. Projek pembinaan kediaman tersebut bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pengumuman Najib Razak itu suatu khabar gembira buat rakyat Pulau Pinang. Selama hampir 5 tahun Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP memerintah Pulau Pinang, tiada satu pun rumah kos rendah dan rumah mampu milik yang dibina. Malah, tidak keterlaluan dikatakan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mengangkat atau lebih tepat lagi meminta penduduk Pulau Pinang berpindah kerana tanah tersebut telah dijual kepada pemaju lain bagi membina rumah kediaman mewah.


Rakyat Pulau Pinang tentu masih ingat kejadian perkampungan Kampung Buah Pala yang didiami majoriti kaum India telah diambilalih oleh syarikat pemaju bagi membina rumah mewah dan kondominium. Malah, Anwar Ibrahim yang ketika itu mahu menyelesaikannya hanyalah omong kosong dan menyalahkan pihak lain.

Sebaliknya BN yang meyelesaikan masalah 26 keluarga India di Kampung Buah Pala dalam mencari kediaman baru untuk mereka.

Sistem pengangkutan monorel pula bertujuan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin serius di negeri ini. Seperti penduduk di negeri lain, penduduk Pulau Pinang juga berhak disediakan dengan kemudahan pengangkutan moden sedemikian demi menjamin kehidupan lebih selesa.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger