MANA JANJI LIM GUAN ENG KEPADA PENDUDUK KAMPUNG FEDERAL PULAU PINANG?



Setelah sekian lama berjanji, sehingga kini janji masih juga belum ditunaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Setelah berjaya mengekalkan tempatnya dalam CEC DAP bagi penggal 2012 hingga 2015, Lim Guan Eng masih lagi menunaikan janjinya untuk menyelamatkan penduduk Kampung Federal yang hanya menunggu masa untuk dihalau keluar daripada penempatan mereka oleh pemilik tanah yang baru.

Menurut penduduk Kampung Federal, biarpun beberapa kali masalah itu diajukan kepada Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, namun tiada sebarang tindakan diambil termasuk daripada wakil rakyat kawasan itu yang seolah-olah melarikan diri daripada mendengar rintihan penduduk.

Seorang penduduk, Abdul Razak Abdul Rahman, 61, berkata, mereka telah menetap di kampung itu sejak lebih 20 tahun lalu dan meneroka kawasan itu yang dulunya tanah paya untuk dibina rumah.

"Namun pada tahun 2006 kami dimaklumkan tanah ini telah dibeli oleh beberapa individu dan pada 2007 kami telah menerima surat daripada mahkamah agar hadir perbicaraan untuk menentukan pemilikan serta isu pampasan.

"Selepas turun naik mahkamah beberapa kali kami diarahkan berpindah pada hari ini dan pampasan sebanyak RM1,000 hingga RM4,000 dijanjikan kepada penduduk yang mendiami 13 buah rumah di sini.

Dengan jumlah pampasan yang kecil itu, ke manakah mereka akan berpindah nanti memandangkan Pulau Pinang tidak mempunyai mahupun membina rumah kos rendah dan rumah mampu milik.

Rayu penduduk lagi, mereka tidak mempunyai masalah untuk berpindah tetapi biarlah diberikan alternatif dan pampasan yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan mereka.

Seorang lagi penduduk, Faridah Ahmad, 50, berkata, kerajaan negeri pimpinan Guan Eng perlu lebih prihatin dengan nasib penduduk seperti mereka dan membantu rakyat yang dalam kesusahan.

"Kami boleh pindah tapi kerajaan negeri kena sediakan rumah untuk kami kerana dengan pampasan RM4,000 yang diterima ke mana kami nak pergi.

"Tambahan pula saya mengalami pelbagai penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang yang memerlukan saya membuat rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Jika keadaan ini tidak ditangani nescaya nasib penduduk Kampung Federal ini senasib dengan penduduk Kampung Buah Pala. Mana tidaknya, mereka bukan sahaja dijanjikan dengan air liur yang kosong malah sanggup membohongi rakyat demi kerakusan kuasa untuk meraih undi PRU 2008 yang lalu.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 18, 2012 at 10:06 PM

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger