MAHUKAH KARPAL SINGH ISYTIHAR HADI AWANG SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI?



Karpal Singh sebelum ini memilih Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri seperti mana yang dipersetujui bersama Lim Guan Eng. Bagaimanapun, tidak bagi ahli-ahli PAS apabila mereka nekad memilih Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri.

Ini berlandaskan alasan, jika Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri maka Malaysia pasti akan hancur. Dan, jika Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya LGBT akan berjaya ditangani.

Pemilihan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri oleh Karpal Singh seolah-olah meluduh di atas langit. Ini kerana pada Oktober 1997, sebelum ini Karpal Singh dengan tegas mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kaki liwat. Harus diingat Karpal Singh adalah peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwat dan mempunyai dokumen terperinci penghakiman dalam kes itu.

Namun, disebabkan politik dan Putrajaya, Karpal Singh seolah-olah melupakan kenyataannya itu sebaliknya menyokong Anwar Ibrahim dan menolah Abdul Hadi Awang. Kononnya, DAP dan PKR sepakat mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Tapi, mereka juga harus ingat PAS mempunyai ahli yang ramai dalam Pakatan Pembangkang berbanding DAP dan PKR.

Karpal, DAP dan PAS mungkin boleh menerima seorang kaki liwat atau ketagih liwat sebagai Perdana Menteri, tetapi orang Melayu dan Islam tidak sesekali akan memilih golongan itu sebagai pemimpin utama yang menerajui negara.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger