LIM GUAN ENG PERSOALKAN JANJI NAJIB RAZAK



Akibat terdesak dalam menjawab serangan BN di Pulau Pinang berikutan janji-janji DAP dan Pakatan Pembangkang dalam membina rumah kos rendah dan rumah mampu milik tidak dipenuhi, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terpaksa menimbulkan persepsi bagi menyelamatkan diri.

Lim Guan Eng sekali lagi berdolak dalih bahawa janji BN dalam membina rumah kos rendah dan rumah mesra rakyat di Pulau Pinang adalah sepatutnya dilakukan Kerajaan Pusat dan bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kononnya, janji BN di Pulau Pinang, Sabtu lalu adalah untuk membeli undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tanpa segan silu seperti orang tidak bersalah Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan sombong menyatakan itu adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk menyediakan perumahan dan pengangkutan awam hasil kutipan cukai yang diterima termasuk dari rakyat Pulau Pinang.

Jika begitu pemikiran Lim Guan Eng, apakah peranan Kerajaan Negeri terhadap keperluan dan kebajikan rakyat di Pulau Pinang?

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Pulau Pinang membina rumah-rumah untuk rakyatnya setelah diberi mandat oleh rakyat. Tetapi, Lim Guan Eng telah memungkiri janji PRU 2008 seperti mana yang terkandung dalam manifesto. Apakah Lim Guan Eng sama dengan Khalid Ibrahim tidak tahu bahawa manifesto itu adalah sebuah janji?

Dalam ucapan Program Jelajah Janji Ditepati, Najib berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika BN diberi mandat semula untuk memerintah negeri itu.

Beliau berkata, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit dibina oleh agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 31, 2013 at 1:28 AM

ok

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger