LIM GUAN ENG LEBIH BERKUASA BERBANDING KARPAL SINGH DALAM DAP



Apakah disebabkan faktor beliau Ketua Menteri Pulau Pinang maka beliau lebih berkuasa dalam DAP? Atau, apakah disebabkan Setiausaha DAP maka beliau lebih berkuasa? Juga, apakah disebabkan beliau anak kepada Lim Kit Siang, pengasas kepada DAP maka beliau sangat berkuasa? Ketiga-tiga faktor ini yang menyebabkan Lim Guan Eng sangat berkuasa dalam DAP hingga sekarang.

Ini disokong bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang turut bersetuju bahawa Lim Guan Eng adalah individu yang paling berkuasa dalam DAP.

Karpal Singh, Pengerusi DAP itu hanyalah symbol kepada perjuangan DAP dan beliau tidak terlepas dalam isu mahu disingkirkan perwakilan DAP yang kebanyakkanya Cina. Atas sebab itu tidak hairanlah Karpal Singh sebelum ini berasakan dirinya akan disingkirkan dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP sebelum diadakan pada Sabtu lepas.

Melihat kepada keputusan CEC DAP itu yang menyaksikan 8 orang Melayu yang mengejar kuasa dalam DAP kecundang dengan memperolehi undi paling sedikit. Namun, ini semua adalah angkara Lim Guan Eng yang mahu semua calon Melayu kalah dan akan melantik 2 orang daripadanya sebagai tanda DAP mahu memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Perwakilan DAP secara jelas menolak kehadiran orang Melayu dalam parti itu disebabkan anggapan mereka bahawa Melayu ini boleh menganggu usaha mereka untuk menakluk Malaysia dalam PRU-13 akan datang.

Tunku Aziz juga menegaskan segala cadangan yang dibuat oleh Lim Guan Eng termasuk penentuan jawatan di dalam parti tidak boleh dibangkang oleh atau mana-mana pemimpin parti.

Malah, beliau sendiri ketika mula-mula menyertai DAP pernah diingatkan oleh seorang senior di dalam parti itu bahawa pihak-pihak yang menentang sebarang cadangan Lim Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang akan gelap masa depan mereka.

''Saya tidak nafikan ada perbincangan dibuat Guan Eng dengan barisan kepimpinan yang lain sebelum sesuatu lantikan. Namun, segala cadangan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang ini, pasti akan terlaksana dan tidak boleh ditolak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger