LIM GUAN ENG DIAMBANG PENGHUJUNG KERJAYA POLITIK



Tidak mendapat sambutan hingga lari ke Pulau Pinang. Itulah dia Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang setelah berjaya mengetuai dan memenangi PRU 2008 akibat janji-janji kosong yang ditawarkan DAP dan Pakatan Pembangkang Pulau Pinang.

Selepas kemenangan DAP dan Pakatan Pembangkang, seorang demi seorang pemimpin PKR mahupun PAS juga DAP yang bertindak keluar parti akibat sikap dan  dasar Pakatan Pembangkang yang lari dari tujuan asal. Tidak kurang juga mereka yang kecewa dengan sikap pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP yang menindas dan tidak menjaga kebajikan rakyat.

Terbaru, isu moral dan kreadibiliti Lim Guan Eng telah mencetus fenomena kebencian terhadapnya oleh rakyat Pulau Pinang sama ada Melayu, Cina mahupun India. Semua ini berkaitan dengan sikap Lim Guan Eng yang berdolak dalih terhadap banyak isu dan perkara yang berkaitan dengannya.

Isu tanah Taman Manggis sehingga kini Lim Guan Eng masih menyembunyikan fakta sebenar. Ini disebabkan beliau takut untuk menyahut cabaran berdialog berhubung isu berkenaan.

Cabaran Lim Guan Eng bahawa beliau akan membuktikannya di mahkamah juga suatu usaha untuk mengelak daripada diadili rakyat dan media. Ini kerana rakyat Pulau Pinang kini menanti dengan penuh sabar akan isu tanah Taman Manggis yang dikatakan telah dijual Lim Guan Eng kepada syarikat Kumpulan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) sehingga menyebabkan Pemuda BN Pulau Pinang mahu membelinya telah dibohongi bagi menyelamatkan dirinya.

Tindakan Lim Guan Eng mengaitkan individu lain dalam tanah Taman Manggis adalah suatu cubaan untuk memutarbelitkan isu dan cuba tukar topik. Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Dr Shaik Hussein Mydin, perbuatan Lim Guan Eng itu boleh diibaratkan sebagai rasuah.  

“Saya bersama Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng telah mengatakan bahawa dia telah menerima rasuah bukan 'wang rasuah' seperti yang dijelaskan. Dia perlu tahu bahawa rasuah juga merangkumi skop 'penyalahgunaan kuasa' dan 'pecah amanah'.

“Persoalan banglo mewah yang disewanya daripada salah seorang pengarah berkepentingan dalam Kumpulan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) masih belum terjawab,” katanya.


Menurutnya, kenyataan bahawa KLIDC telah diterima kerana tawaran harga paling tinggi juga adalah bukti bahawa Lim Guan Eng telah menyalahgunakan kuasanya untuk membenarkan pembinaan hotel 19 tingkat di bahagian atas hospital berkenaan.

“Ini adalah kerana tiada kenyataan bahawa pemaju lain dibenarkan membina hotel dalam proses tender. Ini jelas menunjukkan bahawa ada  berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam proses tender. Kenyataan ini telah berulang kali dikemukakan kepada dia tetapi dia masih mendiamkan diri.

“Mengenai kononnya dia mempunyai komitmen politik untuk menghapuskan rasuah juga adalah retorik politik dan gimik politiknya untuk pilihanraya akan datang,” katanya.


Shaik Hussein berkata, beliau boleh membuktikan bahawa hampir semua tender terbuka yang dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri (CMI) tidak memenuhi prasyarat proses tender terbuka.

“Saya boleh buktikan dengan fakta dan undang-undang bahawa hampir kesemua tender terbuka yang dilaksanakan olehnya melalui CMI termasuk tender Taman Manggis tidak memenuhi prasyarat proses tender terbuka berdasarkan undang-undang.

“Kenyataan bahawa saya enggan minta maaf sebelum ini telah saya perjelaskan kerana didapati bahawa video majlis DAP yang mengandungi ucapan Ketua Menteri itu telah dipalsukan sepertimana video Anwar Ibrahim.

“Jika DAP mendakwa bahawa video Anwar Ibrahim boleh dipalsukan, maka tidak mustahil DAP mampu memalsukan video lain juga,” katanya.

Terdahulu, Shaik Hussein mencabar Lim Guan Eng berdialog bagi membincangkan isu tanah Taman Manggis di hadapan semua media bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar.

Beliau berkata, dia mencabar Lim Guan Eng untuk berdialog di hadapan semua media, supaya dia, Lim Guan Eng dan media boleh mengutarakan soalan berikutan mendakwa Lim Guan Eng gagal menjawab semua soalan BN berhubung isu itu sebelum ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger