LANGGAR PRINSIP PAS: MUSTAFA ALI UMUM CALON AWAL CETUS TIDAK PUAS HATI PENYOKONG PAS LARUT




Sebelum ini PAS menerusi Pesidennya Abdul Hadi Awang menegaskan tidak akan mengumumkan calon awal seperti mana yang dilakukan rakan pembangkangnya, PKR menjelang PRU-13. Ini bagi mengelak spekulasi mengenai calon-calon yang akan disabotaj ahli-ahli Pakatan Pembangkang sendiri yang tidak suka dengan calon pilihan parti berbanding calon pilihan rakyat.

Bagaimanapun, prinsip PAS itu akhirnya tercalar oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang mengesahkan kawasan Parlimen Larut akan diwakili oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari.

Tindakan Mustafa mengumumkan calon itu disebabkan terdapatnya pertelingkahan pemilihan calon di peringkat akar umbi. Dan, keputusan mengumumkan calon awal itu adalah bertujuan menjernihkan keadaan. Namun, di pihak yang tidak terpilih ini suatu yang sangat tidak praktikal kerana dikatakan parti memilih calon luar dan bukan di kalangan orang PAS sendiri yang sebelum ini telah lama berjuang.

Kini, jika mahu menjadi calon segera, boleh sertai PAS, PKR mahupun DAP. Ini kerana mereka lebih mengutamakan calon luar berbanding ahli-ahli yang sediada dalam parti sejak beberapa tahun.

Difahamkan, Fauzi yang baru 4 bulan menyertai PAS dan kini sudah diangkat menjadi calon atas reputasinya sebagai bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Manakala, di peringkat akar umbi dan ahli-ahli PAS Larut, mereka mahu Yang Dipertua PAS kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman diangkat menjadi calon.

Manakala, di peringkat DUN pula, PAS menyaksikan PAS memberi peluang kepada Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin.

Akibatnya, PRU-13 nanti akan memperlihatkan lebih 1,500 orang ahli PAS Larut tidak akan keluar mengundi. Jika mengundi pun, mereka akan mengundi calon BN yang semestinya berkecuali dalam hal ini. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 20, 2012 at 4:43 PM

Aku nak tanya ko orang dimana pula Abby Abadi akan dicalonkan? Sebagai ADUN ke atau Ahli Parlimen?Nampak sangat bakat dia ni sampai boleh komen pasal Islam bagai nak rak.Tapi ilmu agama tak ada langsung...........

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger