KERAJAAN SELANGOR MULA CABUT KAMERA AES



Statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan terdapat sembilan peratus pengguna jalan raya yang tegar melakukan kesalahan. Jumlah kenderaan juga bertambah sebanyak 10 peratus setiap tahun dan 7,000 nyawa terkorban saban tahun. Kira-kira 14.7 juta kenderaan yang berdaftar masih aktif digunakan sehingga April 2012.

Ekoran pertambahan kenderaan di jalan raya dan banyak kemalangan hingga mengakibatkan kehilangan nyawa, Kerajaan telah memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai kaedah memantau serta mengesan pesalah lalu lintas. Sebanyak 831 kawasan hitam dikenal pasti dan kerajaan menyasarkan kesemua kamera itu dipasang sehingga penghujung 2013. Walaupun hanya 14 kamera AES telah dipasang, namun terdapat banyak dakwaan yang mengatakan kamera itu hanya berfungsi sebagai penjerat pengguna jalan raya.

Semalam Kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Pembangkang bertindak mencabut kamera AES di Selangor sebagai membantah pelaksanaan di negeri berkenaan. Ini sekaligus menggalakkan kemalangan di Selangor yang kini dihujani banyak kenderaan.


Majlis Perbandaran Sepang (MPS) atas arahan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu telah bertindak mencabut kamera AES di SKVE.

Ini sekaligus menyebabkan rakyat Selangor dan Malaysia teraniaya dan tertindas dengan janji palsu manifesto tidak dipedulikan langsung tetapi usaha kerajaan BN mengurangkan kadar kemalangan pula dimusnahkan. Rakyat harus menilai kejahatan Pakatan Pembangkang ini dengan teliti.

Demi memastikan kepentingan politik, Kerajaan Selangor sanggup mendedahkan rakyat kepada peningkatan kemalangan biarpun hasrat Kerajaan Pusat mahu kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.

Apa yang pasti bukan isu pemasangan kamera AES itu yang mahu dipersoalkan Pakatan Pembangkang kerana mereka sendiri mengakui pemasangan kamera AES itu telah menyebabkan kadar kemalangan telah berjaya dikurangkan. Tetapi, yang sebenarnya mereka mahu persoalkan hanyalah kenapa hanya 2 syarikat sahaja yang dapat tender pemasangan kamea AES itu.

Kerajaan pada 2006 telah membuka tender dan mempelawa sembilan syarikat yang menjadi peneraju pelaksanaan sistem AES untuk menyertai tender berkenaan.

Syarikat terbabit ialah Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. (ATES Sdn. Bhd.) (dengan robot dari Jerman); Beta Tegap Sdn. Bhd. (dengan Redlex dari Australia); Tess Capital Sdn. Bhd (dengan Poltaich dari Australia); Tricubes Berhad (dengan Sagem dari Perancis); Precision Hawk Eye (M) Sdn. Bhd. (dengan Sianco Traficco dari Sepanyol), Acropolis Avenue Sdn. Bhd. (dari China); Neza teguh Sdn. Bhd. (dengan Sensys dari Sweden); Tenix Solutions Pte. Ltd. (dengan Tenix dari Australia dan Hyundai Information Technology dari Korea).

Akhirnya  hanya Tenix Solutions Pte. Ltd. dan Hyundai Information Technology Co. Ltd tidak mengemukakan cadangan teknikal manakala tujuh mengemukakan cadangan teknikal melalui wakil syarikat tempatan masing-masing.

“Selepas penilaian teknikal, hanya enam daripada tujuh syarikat menyertai ujian live demonstration, manakala satu syarikat menarik diri. Ujian itu mengambil masa lebih sebulan di Putrajaya, Shah Alam dan lebuh raya Guthrie pada Jun hingga Julai 2007

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menegaskan pemilihan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilakukan secara telus dan tidak tergesa-gesa. Keseluruhan proses mengambil masa hampir lapan tahun dan membabitkan banyak pihak sebelum AES dilaksana di 14 lokasi pada 23 September lalu.

Maka dakwaan bahawa  pelaksanaan AES dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengikut tender itu ternyata fitnah jahat pakatan haram. Pihak JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menghantar pegawai kanan ke beberapa negara yang menggunakan teknologi itu pada 2005.

Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat serta Switzerland merupakan negara yang terlibat dalam kajian penggunaan AES dan hasil lawatan dimaklum kepada kerajaan pada Disember 2005, yang kemudiaannya bersetuju melaksanakan AES.

Tambahan pula kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa pemandu untuk meneliti keperluan pengguna, kaedah perolehan dan pelaksanaan projek dengan dibantu lima jawatankuasa kerja. 
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
December 5, 2012 at 2:59 PM

BN menang 2/3 PRU13, gubal di parlimen.. apa2 kemudahan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan untuk rakyat, kerajaan negeri tidak boleh menghalang, mengalih, membuang dan seumpamanya dari dilakukan. Seperti kejadian AES diatas. Duit rakyat ohhhh... Ingat duit rakyat selangor ajer ker? Duit rakyat Malaysia. Oooiiii.... Cilaka punya ronnie liu... bila la famili dia nak bakar duit untuk dia ahhhh....?????

Anonymous
December 5, 2012 at 3:13 PM

The concessionaires should sue the Selangor govt for illegally removing the legally installed AES cameras. Let the court decide if they really have authority over a Federal project.

Anonymous
December 6, 2012 at 10:11 AM

ronnie liu marah sebab projek tu tak dapat kat dia... cuba bagi dia buat... sure besar betis urat leher dia pertahankan AES tu... jahanam cina pukimak.. dasar komunis.. datang yanah melayu naik tongkang... yang melayu bodoh sokong PR ni pasai apa? bangang...

December 6, 2012 at 12:12 PM

Ambil tindakan mahkamah ke atas roney liew dan kerajaan negeri selangor kerana menghalang tugas2 pihak berkuasa persekutuan, kalau tak boleh gunakan undang2 merosakkan harta benda kerajaan pusat sb pr ni cuma ingin publisiti dan utk mendapat pengaruh murahan shj tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalanraya secara menyeluruh.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger