Tuesday, December 18, 2012



Bermula tahun depan, Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang akan menaikkan bayaran lesen 90 jenis perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Inilah Kerajaan Berkebajikan seperti yang dicanangkan Pakatan Pembangkang dalam manifesto PRU-13 akan datang.

Apakah Kerajaan Selangor melalui MBPJ sudah kehabisan peruntukan hingga terpaksa menaikkan bayaran lesen? Ini sangat membebankan peniaga yang rata-rata menjadikan perniagaan kecil-kecilan sebagai punca pendapatan. Jika harga lesen naik ini akan menyaksikan banyak kesan besar yang berlaku ke atas peniaga termasuk rakyat Selangor sendiri.

Jika ditanya Kerajaan Selangor mahupun MBPJ, pastinya mereka akan menafikan perkara ini. Namun, jika ditanya peniaga yang empunya diri, merekalah yang mengadu kepada BN Selangor akan tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka oleh Kerajaan Selangor. Perbuatan MBPJ ini diibaratkan menyeksa peniaga kecil-kecilan yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu dan India.

Selain premis perniagaan, Kerajaan Selangor juga bercadang mengenakan bayaran lesen kepada premis-premis rumah kebajikan seperti rumah Orang Kurang Upaya (OKU) dan pusat penjagaan kanak-kanak milik persendirian. Ini sangat mendukacitakan kerana selama Kerajaan BN memerintah di Selangor dahulu, tidak pernah bayaran lesen dinaikkan apatah lagi mengenakan bayaran ke atas rumah OKU mahupun pusat penjagaan kanak-kanak.

Secara asasnya yang melibatkan kenaikan terutama membabitkan wang ringgit adalah suatu yang sangat membebankan rakyat. Apakah Kerajaan Selangor mengenakan kenaikan bayaran ini ada kaitannya dengan penerimaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan dilaksanakan pada 15 Januari nanti.

Jika benar Kerajaan Selangor menjaga kebajikan rakyat, cadangan mahu menaikkan bayaran lesen dan mengenakan bayaran ke atas rumah OKU dan rumah penjagaan kanak-kanak hendaklah dihentikan. Isu yang dahulu masih belum selesai dan kini mahu menambahkan lagi isu yang membebankan rakyat.

Melihat kepada situasi terbaru ini wajarlah rakyat Selangor tidak sabar menunggu PRU-13 bagi menukar atau mengubah Kerajaan Negeri yang sedia ada. Cukup sudah tempoh masa perubahan dan kini berubah kembali kepada asal. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak adalah kerajaan yang sememangnya ditunggu rakyat Selangor yang mendahulukan rakyat. Sewajarnya rakyat Selangor berilah peluang kepada BN dan Najib Razak untuk berjaya dalam PRU-13 kali ini.

Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera... 

1 comment:

  1. sebelum wang BR1M dirembat oleh peniaga...baik kerajaan negeri merembat duit rakyat dulu!!!

    sebagaimana selalu bila sektor awam naik gaji atau bonus diberi..kenaikan barangan dagangan..peniaga mendapat untung!!

    jangan ler kerna BR1M..PBT pun semacam ghairahnya!!!

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!