KARPAL SINGH MARAH PEMIMPIN DAP TERIMA GELARAN RAJA-RAJA MELAYU



Jika benar ia bukan arahan ataupun cerita benar, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak perlu takut dengan memaksa bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya menarik balik secara terbuka kenyataannya dalam artikel berita bertajuk 'DAP's triumph of chauvinistic will'.

Dalam artikel tersebut, Tunku Aziz menyebut bahawa Karpal Singh mengeluarkan apa yang boleh dianggap sebagai perintah yang menghalang anggota DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu.

Sambil menafikan dakwaan Tunku Aziz itu, Karpal Singh menjelaskan beliau tidak pernah mengungkapkan perkataan Raja-raja Melayu, sebaliknya hanya menyatakan bahawa anggota DAP, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tidak wajar menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' dalam tempoh memegang jawatan bagi memastikan ketelusan.

Dalam kepimpinan DAP, hanya 2 orang pemimpin DAP yang ‘telah’ menerima pingat dan gelaran Datuk daripada Raja-Raja Melayu, iaitu Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham dan Speaker DUN Selangor yang juga ADUN Sungai Pinang, Dato' Teng Chang Kim.

Dalam pemberian gelaran dan pingat, Karpal Singh harus ingat dan tahu bahawa hanya Sultan, Raja-Raja dan TYT sahaja yang berkuasa untuk menganugerahkan gelaran tersebut. Jadi, kenyataan Tunku Aziz itu ada kebenarannya jika diamati secara rasional berhubung kenyataannya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger