KALIMAH ALLAH JELAS PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN TIDAK SEPAKAT



Hanya mencadangkan kembali penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Malaysia seperti yang dikehendaki masyarakat Kristian di Semenanjung Malaysia dalam amanat Hari Krismas Ketua Menteri Pulau Pinang telah membongkar episod baru ‘krisis’ dalaman Pakatan Pembangkang.

Akibatnya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan memanggil satu mesyuarat kepimpinan tertinggi PR untuk membincangkan isu ini dengan segera.

Menurut Anwar, kepimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang pernah membincangkan perkara ini dengan terperinci, dihadiri dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen, malah pakatan ini juga sudah mengeluarkan kenyataan bersama.

Namun, tindakan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng membangkitkan kembali penggunaan kalimah Allah ini telah menimbulkan konflik agama kembali. Apakah motif Lim Guan Eng mengutarakan amanat sedemikian?

Isnin lalu, dalam mesej sempena sambutan Hari Krismas, Lim Guan Eng membangkitkan semula isu kalimah Allah dengan mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Malaysia.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan UMNO dan ulama bebas, malah rakan DAP, iaitu PAS turut tidak bersetuju dengan desakan ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pendirian rasmi Pas mengenai isu tersebut adalah terjemahan tepat bagi God dalam kitab Bible adalah Tuhan dan bukannya Allah.

Marilah kita nantikan apakah kesudahan dan keputusan mesyuarat itu? Apakah Anwar Ibrahim dan PAS akan tunduk dengan desakan Tokong Lim Guan Eng yang dikatakan ‘lialibiti’ terhadap Anwar Ibrahim dalam membuat keputusan. Harus diingat juga Anwar dan PAS sangat memerlukan bantuan DAP untuk memenangkan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 untuk ke Putrajaya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger