DULU BOIKOT RTM DAN TV3 KINI MAHU PULA MINTA LALUAN MASUK TV



Akibat serangan bertalu-talu terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengenai Amanat Haji Hadi yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia, PAS dengan rasa rendah diri melutut untuk memberikan peluang lepada Abdul Hadi Awang untuk memberi penjelasan menerusi media harus perdana. Tujuannya adalah untuk menjelaskan bagaimana Amanat Haji Hadi ini boleh memecahbelahkan umat Islam.


Ini diterjemahkan oleh Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu Amanat Haji Hadi bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan ia menjadi polemik berterusan.

Semenjak isu Amanat Haji Hadi dan sejak itu juga Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menghilangkan diri seolah-olah takut berhadapan dengan rakyat dan ahli-ahli PAS sendiri. 

"PAS menyokong penuh hasrat Presiden untuk memberi penjelasan isu Amanat Hadi di media perdana  Pas menyokong penuh hasrat Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.

Hadi berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan UMNO supaya masyarakat dapat menilainya.

Pada masa sama, Abdul Hadi berkata beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Amanat itu mendapat bantahan ramai malah pelbagai pihak termasuk bekas anggota PAS mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat itu demi kekuatan ummah dan perpaduan orang Melayu.

Hadi turut menolak dakwaan kononnya beliau lama mendiamkan diri kerana takut, sebaliknya berkata beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada akan menarik balik atau mempertahankan Amanat Haji Hadi itu sekiranya dapat menjelaskan tersebut menerusi siaran televisyen.

Sekiranya kedua-dua stesen tv itu tidak mahu memenuhi permintaan Abdul Hadi Awang, maka Amanat Haji Hadi akan terus menjadi isu yang nyata boleh meruntuhkan kepercayaan masyarakat ke atas PAS. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 30, 2012 at 11:49 AM

hadi nak jg live di tv1,tv3 apa salahnya..pehelasan yg akan diberikan olih beliau adalah untuk pengikut2 PAS saja.sbb amanat tu dituju khas buat juak2 PAS supaya menentang UMNO,bukn kpd org umno..org umno duduk diam2 dpan tv,dngar,pandang,teliti apa yg tuan guru nak sampaikan tentang AMANAT HJ HADI & AIR MATA MEMALI...yg sesat selamani pun org PAS,dan yg kena kencing pun org PAS...yg makan cili dia lah yg teasa pedasnya..sbb terlalu bodoh...

Anonymous
March 24, 2013 at 11:49 PM

Kalau masuk kira ok , kalau tidak semua salah itu lah pemikiran bangkang sampai bengkang.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger