DAP PULAU PINANG TOLAK TAWARAN BN BINA RUMAH MAMPU MILIK



Di manakah manifesto yang dijanjikan Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang dalam membina rumah mampu milik? Apakah rakyat Pulau Pinang sudah lupa akan manifesto Pakatan Pembangkang semasa PRU 2008, iaitu kira-kira 4 tahun lalu?

Dalam sidang DUN Pulau Pinang sebelum ini, Lim Guan Eng secara sedar mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dan Pakatan Pembangkang masih belum membina rumah mampu milik apatah lagi rumah kos rendah. Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat Pulau Pinang terpaksa keluar dan mencari penempatan lain di negeri lain disebabkan ketiadaan pembinaan rumah mampu milik dan rumah kos rendah. Yang ada hanyalah pembinaan rumah dan perumahan kos mewah yang kebanyakannya dimiliki oleh sebilangan penduduk Pulau Pinang yang berada dan terdiri daripada orang Cina.

Terbaru, hasrat BN Pulau Pinang yang mahu membeli tapak Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis telah ditolak secara mentah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Keputusan Lim Guan Eng dan Kerajaan Pulau Pinang menolak tawaran BN itu telah menafikan peluang keemasan rakyat miskin di Pulau Pinang untuk memiliki rumah mampu milik.

Sebelum ini, Lim Guan Eng telah meletakkan pelbagai syarat ke atas tanah yang berkeluasan 0.45 hektar itu yang pada hakikatnya telah dijual Kerajaan Pulau Pinang kepada Syarikat Kuala Lumpur International Dental Sentre Sdn Bhd. Syarat-syarat ini hanyalah bayangan kepada BN dalam memperlihatkan keikhlasan membeli dan membina rumah mampu milik.

Pada 4 September lalu, Pemuda BN Pulau Pinang menerima surat tawaran daripada Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik untuk membeli tanah seluas 0.45 hektar itu dengan harga jualan RM450 sekaki persegi.

Tawaran itu disahut Pemuda BN Pulau Pinang dengan membayar wang pendahuluan satu peratus sebanyak RM224,073 secara tunai. Manakala, bakinya perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari untuk diselesaikannya.

Dan, Pemuda BN Pulau Pinang telah menerima kejutan apabila Lim Guan Eng menyatakan tanah itu telah dijual kepada Syarikat Kuala Lumpur International Dental Sentre Sdn Bhd dengan mengemukakan 4 alasan yang tidak munasabah.

1.    Tiada keikhlasan BN Pulau Pinang termasuk Chang Yeow membina rumah PPR atau rumah kos rendah berikutan percanggahan kenyataan dengan pemaju Taman Manggis Fasa 2 Development Sdn Bhd yang mahu membina rumah berharga RM400,000 ke atas.
2. Kegagalan menukar pengarah dan pemilik saham pemaju berkenaan termasuk memasukkan nama Chang Yeow dan beberapa pemimpin BN Pulu Pinang.
3.    Kegagalan menyemak semula modal pusingan berbayar untuk syarikat pembangunan seperti ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak 3 peratus daripada nilai pembangunan kasar.
4.  Kegagalan membayar baki penuh harga belian sebanyak RM22,183,277 pada 5 Disember 2012 meskipun dilanjutkan sehingga sebulan.

Inilah dia taktik komunis yang cuba diamalkan DAP Pulau Pinang dalam menyekat hasrat rakyat Pulau Pinang memiliki rumah sendiri dengan nilai mampu beli. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger