C.N AL-AFGHANI TELANJANGKAN PAS



Ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa ketaksuban ahli-ahli PAS kini disebabkan amanat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir. Sehingga kini amanat itu masih berada diingatan puluhan ribu ahli-ahli PAS sehingga sanggup mendoakan kehancuran pemimpin Islam UMNO dan BN baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.

Atas persaudaraan Islam, Zainon mendesak Abdul Hadi Awang menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di Malaysia. Ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.

Tindakan Abdul Hadi itu memperlihatkan PAS lebih mementingkan kepentingan akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika tidak, puluhan ribu pengikut PAS terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik.

"Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.

"Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut PAS kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap UMNO kafir.

Menurut Zainon, walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi amanat Abdul Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar PAS menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk kebaikan yang cuba dibawa kerajaan.

Dalam pada itu, Zainon berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai 'serangan' yang bakal dilemparkan pemimpin PAS termasuk 'tuduhan wajib' seperti dibeli oleh UMNO kerana bertindak mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat beliau yang membawa perpecahan.

"Saya buat semua ini atas sifat keinsafan diri demi untuk melihat akidah orang Islam khususnya pengikut tegar Pas yang bertindak mengkafirkan saudara seagama dapat diperbetulkan semula dan bagi tujuan itu, saya sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin PAS.

Sehingga kini, ramai di kalangan ahli PAS sudah pun insaf, tetapi masih ramai lagi yang belum insaf dan bergelumbang dengan dosa. Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan untuk sama-sama membantu rakan seagama untuk menuju ke jalan yang benar. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger