BN SAMBUT BAIK CALON PRU-13 DITAPIS SPRM, PAKATAN PEMBANGKANG MEMBANTAH TEGAS



Demi memastikan setiap calon BN yang akan bertanding dalam PRU-13 akan datang bebas dan bersih daripada gejala rasuah, BN mengalu-alukan cadangan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaafar agar semua parti politik dan individu bertanding calon Bebas, termasuk Ahli Parlimen yang dicalonkan semula atau pertama kali bertanding.

Begitupun, bagi pemimpin Pakatan Pembangkang sehingga hari ini mereka masih lagi membisu dan tidak ada komen terhadap cadangan SPRM ini.

Isu rasuah sentiasa menjadi intipati pokok politik Malaysia pada hari ini. Kerajaan Malaysia sangat mengambil berat dalam membendung aktiviti rasuah yang kini disifatkan sebagai penyakit kronik yang perlu ditangani secara bersama dan efektif.

Pakatan Pembangkang pula dalam setiap ceramahnya mendakwa rasuah di Malaysia sangat berleluasa dan melibatkan pemimpin BN. Namun, apabila Pengerusi Panel SPRM mengeluarkan cadangan supaya setiap calon yang akan bertanding PRU-13 akan datang sama ada calon BN, Pakatan Pembangkang mahupun Bebas akan menjalani tapisan SPRM. Jika didapati mempunyai rekod atau kesnya dalam siasatan maka secara automatik calon itu disingkir atau tidak wajar bertanding.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menegaskan calon-calon PRU-13 tidak perlu ditapis SPRM kerana parti sendiri sudah mempunyai mekanisme tapisan tersendiri bagi memastikan calon benar-benar layak. Jika ada juga calon terlepas dan didapati menerima rasuah atau melompat parti, maka kerugian itu akan terletak di bahu parti sendiri.

“Undang-undang negara jelas untuk menjadi calon, tidak bankrap dan tiada masalah jenayah. Jika dipenuhi boleh bertanding. Sambil menambah cadangan terbaru SPRM ini hanya gimik bagi mengalih perhatian terhadap beberapa kes berprofil tinggi.

Selain rasuah, SPRM juga patut melibatkan juga soal salah laku moral yang lain. Ini mungkin boleh ditangani oleh pihak JAKIM jika melibatkan pemimpin Islam dan pemimpin bukan Islam boleh ditapis menerusi Jabatan Perpaduan dan Intergriti Nasional (JPIN) atau yang dirasakan perlu.

“Mungkin parti tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai seseorang calon, terutamanya kes melibatkan rasuah, kes dalam siasatan dan pelbagai kes lain, termasuk bankrap.

“Cadangan ini menjimatkan masa dan wang selain memastikan kredibiliti politik dan amalan demokrasi negara lebih telus dan dihormati, ia juga sepatutnya melibatkan soal salah laku moral lain.

Terdahulu, BN sebelum ini telah melakukan tapisan oleh SPRM juga oleh pihak polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Insolvensi dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan calon tiada masalah.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 24, 2012 at 9:15 AM

Perkara ini sudah dipraktikkan oleh S'pore. Bahkan selidikan mereka adalah hingga ke datuk moyang (keturunan). Bukankah ini seranan Islam?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger