BEKAS PEMIMPIN DAP SELANGOR MINTA RONNIE LIU LETAK JAWATAN



Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu dikecam hebat rakyat Selangor ekoran kegagalannya menjalankan tugas dalam mengatasi kemelut banjir yang berlaku di Selangor.

Selangor merupakan antara negeri yang teruk dilanda banjir baru-baru ini termasuk banjir lumpur. Akibatnya, rakyat terpaksa menanggung kerugian tanpa sebarang bantuan mahupun pertolongan daripada Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor.

Hanya pemimpin UMNO dan BN saja yang menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Manakala, pemimpin Kerajaan Selangor termasuk Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim buat-buat tidak tahu.

Jika masalah banjir ini gagal diselesaikan, inikan pula masalah air bersih di Selangor yang kini kian meruncing ke tahap kritikal. Sikap menunjukkan kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan berhubung isu air bersih dan pembinaan loji rawatan hanyalah sandiwara politik Pakatan Pembangkang.

Kekurangan air bersih telah menyukarkan rakyat Selangor mendapatkan air bersih malah banyak kali mengalami ketiadaan air bersih. Ini sangat menganggu rakyat Selangor khususnya bagi mereka yang berniaga.

Melihat kepada situasi terkini ini wajarlah Exco Selangor, Ronnie Liu itu didesak rakyat Selangor untuk segera meletak jawatan dan tidak bertanding lagi pada PRU-13 akan datang. Tiada faedah langsung yang dapat diterima rakyat Selangor daripada perubahan pentadbiran di Selangor akibat memilih Pakatan Pembangkang pada tahun 2008.

Kini peluang mengubahnya kembali kepada yang asal akan menjelma tidak lama lagi dan rakyat Selangor harus mengambil kesempatan ini supaya kehidupan lebih baik seperti mana yang dikecapi negeri-negeri lain di bawah pemerintahan BN. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger