ANWAR IBRAHIM MARAH DIPANGGIL ‘SI KITUL’



Sehari selepas penggulungan Perhimpunan Agong UMNO di PWTC, empunya diri yang terasa dirinya dihina, Anwar Ibrahim hari ini membidas Najib Razak kerana menggunakan bahasa tidak wajar untuk menghentam pembangkang.

Tidak mahu menerima kenyataan, Anwar Ibrahim menghentam Najib Razak sebagai tidak mempunyai kaliber sebagai seorang pemimpin dan mempersoalkan adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak mempunyai kaliber seperti itu?

Di sebalik kenyataan Anwar Ibrahim terhadap ucapan Presiden UMNO, ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak menganggap itu sebagai isu. Ini kerana sebelum ini Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang sering kali menggunakan perkataan dan bahasa kasar terhadap Najib Razak dan beberapa pemimpin BN semasa mengadakan ceramah politik. Malah, lebih teruk Anwar Ibrahim menggunakan bahasa kesat terhadap pemimpin BN yang beragama Islam.

Dalam ucapan pembukaan Najib, kebanyakan bahasa dan kandungan yang digunapakai bagi merujuk kepada Pakatan Pembangkang hanyalah bahasa biasa saja. Ini merujuk kepada bahasa yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim sebagai Si Kitul moden dan menghina intelek rakyat Malaysia kerana tanpa rasa malu mengadu kepada negara luar untuk menjadi pemerhati pilihan raya di negara ini.

Hakikatnya, apa yang diperkatakan Najib Razak itu adalah benar dengan merujuk kepada perilaku dan perbuatan yang telah Anwar Ibrahim lakukan sebelum ini dengan memohon bantuan Kerajaan Australia dalam memastikan PRU-13 akan datang diadakan dengan telus.

"Dah lebih separuh abad pun kita merdeka... tahulah kita selok belok negara sendiri. Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihan raya lalu tiada pula rumah siap pahat berbunyi," sindir Najib yang juga Pengerusi BN.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
December 3, 2012 at 6:28 PM

Dia suka kalu di panggil seketul......

Anonymous
December 3, 2012 at 11:14 PM

Betul....seketul taik.

Anonymous
December 4, 2012 at 3:38 PM

sikitul tu tahan lg...lg bagus dipangil si kote je...pembkang ni ..jgn bg can je...makhlok perosak....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger