ANWAR IBRAHIM IKUT NAJIB MINTA MAAF?



Minta maaf. Ini bukan kali pertama Datuk Seri Mohd Najib Razak memohon maaf kepada rakyat Malaysia sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri. Bahkan, ini kali ketiga Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas kekhilafan BN sepanjang pemerintahannya. Sebelum ini Najib pernah menyuarakan perkara yang sama pada majlis di Kuala Ketil, Kedah.

Bukan mudah dan dalam sejarah seorang Perdana Menteri memohon maaf kepada rakyatnya. Tidak pernah berlaku dalam mana-mana negara melainkan dalam filem yang ditayangkan di pawagam.

Bagi rakyat Malaysia, perbuatan Najib Razak ini suatu yang harus dipuji dan menampakkan keikhlasan biarpun bukan beliau yang melakukan kesilapan mahupun kesalahan. Sebagai pemimpin dan Pengerusi kepada BN Malaysia, beliau berasa terpanggil dan bertanggungjawab terhadap apa yang dirasakan rakyat tidak berpuashati.

Seperti dijangka, mana perilaku dan perbuatan yang baik dibuat pemimpin BN akan dipandang hina oleh pemimpin Pembangkang. Tidak mustahil, pembangkang cuba mengekploitasikan keadaan bagi memburukkan nama BN yang kini menjadi semkin diminati rakyat Malaysia.

Hakikatnya, pemimpin Pembangkang takut dengan sikap merendah diri Najib Razak seperti mana yang dipegangnya dalam konsep kesederhanaan atau wassatiyah. TIDAK, bagi Anwar Ibrahim yang banyak melakukan dosa terhadap agama, bangsa dan tanahair, tetapi tidak pernah memohon maaf.

Sehingga kini, Anwar Ibrahim tidak pernah memohon maaf di atas dakwaan mahupun perbuatan yang dilakukannya dalam isu moral dan intergriti. Sebaliknya, Anwar Ibrahim mengheret rakyat dalam menggunakan isu moral beliau bagi menyelamatkan dirinya.

Demikian juga, menjadikan amalan demontrasi ganas seperti BERSIH dan HIMPUNAN sebagai modus operandi dalam memburukkan kerajaan walaupun Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang sedar demontrasi ini menganggu keharmonian dan ekonomi negara.

Ditambah pula dengan perlakuan Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pembangkang yang cubaan dalam memburukkan negara di luar negara kononnya sistem pentadbiran Malaysia khususnya pilihan raya Malaysia tidak telus. Cubaan campur tangan asing ini yang cuba dilakukan Anwar Ibrahim itu adalah suatu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan seolah-olah mahu Malaysia ini dijajah kembali.

Sebaliknya, Australia negara yang mahu digunakan Anwar Ibrahim dalam memburukkan Malaysia tidak sempurna pemerintahannya yang menghadapi pelbagai macam ketidaktelusan dalam pilihan rayanya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger