AKAD NIKAH 2 KALI DISEBABKAN AMANAT HAJI HADI



Akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi, seorang bekas pengikut PAS mendedahkan bagaimana dia sanggup melakukan akad nikah dua (2) kali bagi memastikan perkahwinannya sah.

Menurut Abdul Rahman Jusoh, 57, keadaan itu berlaku apabila dia yakin perkahwinannya tidak sah apabila urusan itu dikendalikan oleh jurunikah lantikan kerajaan BN yang digambarkan kafir oleh kepimpinan PAS.

Berikutan itu, dua malam selepas pernikahan pertama, dia yang ketika itu berusia lingkungan 20-an dinikahkan semula oleh seorang imam di Kampung Apal. Hebat betu penangan PAS ketika itu.

Mewarisi pendirian keluarganya menyokong PAS, Abdul Rahman mengikut secara membuta-tuli setiap ucapan pemimpin PAS di pentas-pentas ceramah yang dianggapnya sebagai suatu tazkirah para ulama.

"Isteri saya juga kalangan keluarga penyokong UMNO dan kumpulan kami (penyokong PAS) ketika itu memang mensasarkan memilih isteri daripada bukan penyokong PAS dengan harapan boleh mempengaruhi keluarga mereka kelak.

Ini merupakan kali pertama Abdul Rahman, bekas Timbalan Jawatankuasa Syura Rakyat di Kampung Apal mendedahkan apa yang dilaluinya setelah turut terpengaruh bersama kelompok penduduk setempat dengan Amanat Haji Hadi.

Abdul Rahman menceritakan pengalamannya ketika mengulas pendedahan bekas aktivis dan penyokong tegar PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani bahawa puluhan ribu pengikut parti itu masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi.

Zainon menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat itu secara terbuka bagi memperbetulkan akidah pengikutnya yang bukan sahaja masih terus mengkafirkan saudara seagama malah menutup pintu hati mereka untuk menerima segala kebaikan yang cuba dibawa oleh kerajaan.

Menurut Abdul Rahman, seperti Zainon, dia juga diselubungi kesalan terhadap perlakuan silamnya yang juga memutuskan hubungan silaturahim dengan sanak saudara dan masyarakat setempat hanya kerana sokongan politik yang melampau.

"Malah ketika anggota keluarga meninggal dunia termasuk datuk sendiri yang merupakan imam Masjid Jabi, saya tidak menziarahinya. Saya juga bersembahyang di masjid berasingan.

Dia mengakui sukar bagi pengikut tegar PAS daripada meninggalkan Amanat Haji Hadi yang menggambarkan UMNO kafir selagi ia tidak ditarik balik oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini Presiden PAS.

Apakah pengikut Islam PAS masih lagi terjerumus dengan Amanat Haji Hadi ini? 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger