ADUN WANITA BN BUAT LAPORAN POLIS, NGA KOR MING BUAT PENAFIAN



Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman ketika membuat laporan polis terhadap ugutan diterima daripada ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming. Tujuannya adalah untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa kerana bimbang keselamatannya dan keluarga.

Ini susulan daripada pendedahannya terhadap pemilikan tanah di Gua Musang oleh sebuah syarikat yang mempunyai pegangan saham milik Kor Ming dan Adun Sitiawan, Ngeh Koo Ham.

Walaupun menerima ugutan daripada Nga Kor Ming, tegas Hamidah lagi tidak akan tunduk dan terus membongkar segala rahsia Nga Kor Ming dan ADUN DAP dan Pakatan Pembangkang. Sebagai berada di pihak yang benar, tidak perlu apa yang ditakutkan dan laporan polis itu sebagai peringatan bahawa jangan sesekali menggunakan ugutan untuk menakutkan rakyat.

“Selepas pendedahan skandal tanah itu mereka (Kor Ming dan Koo Ham) kelihatan gelisah dan tak ceria sepanjang Sidang DUN. Jadi saya takut mereka boleh mengada-adakan perkara yang tidak wujud,” katanya kepada media di Balai Polis Kampung Rapat, semalam.

Terdahulu, Hamidah telah menerima ugutan secara terus sewaktu minum petang di Dewan Makan DUN Perak. Hamidah berkata, Kor Ming datang kepadanya dan mengeluarkan perkataan, ‘you reveal and watch out,  I’ll go after you’ dengan muka yang marah dan geram.

“Ugutan tidak patahkan semangat saya dan saya akan bongkar siapa mereka kepada rakyat, kerana mereka perlihatkan diri mereka seolah-olah suci.

“Mereka patut nafikan ia bukan putar belit keadaan. Saya cabar mereka buat kenyataan menafikan penglibatan syarikat mereka itu,” katanya.

Sementara itu, Nga Kor Ming ketika ditemui Sinar Harian menafikan ada mengeluarkan perkataan berunsur ugutan kepada Datuk Hamidah Osman.

Sebaliknya dengan nada terkejut dan dibuat-buat, tidak tahu menahu laporan yang dibuat Hamidah mengatakan dirinya diugut sekali gus mengaitkannya dengan skandal pemilikan tanah di Kelantan.

Menurutnya, apa yang berlaku tiada langsung kaitan ugutan, malah pada hari kejadian, semua wakil rakyat (termasuk pembangkang) masih boleh dilihat bergembira dan ambil gambar bersama.

Bercakap mengenai soal tanah yang membuatkan Nga Kor Ming gelisah, beliau tidak menolak kemungkinan isu itu timbul kerana desakan PRU yang makin hampir.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

December 23, 2012 at 6:50 PM

ekonomi mereka dah pegang, mereka banyak duit, kalau kuasa politik pun depa pegang jugak, alamat mampuslah orang melayu, sedangkan kuasa politik ditangan kita pun mereka berani mempertikaikan segalanya.

December 23, 2012 at 7:34 PM

Semuga penyokong PR kembali menguatkan parti melayu Umno kekal memerintah tanahair kita agar tidak dijajah dan menjadi huru-hara... Kemana kita nak lari kita cuma ada Malaysia. Fikirkanlah..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger