WONG SOON KOH CABAR WONG HO LENG LETAK JAWATAN



Isu Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) menjadi hangat diperbahaskan di Persidangan DUN Sarawak Ke-17 petang semalam semasa penggulungan daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, Dato Sri Wong Soon Koh.

Menurut Wong, jika UCTS dapat direalisasikan pada September 2013 seperti mana yang dijanjikan BN, Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen dicabar meletak jawatan. UCTS bukan omong kosong BN Sarawak seperti mana yang didakwa Wong Ho Leng dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen Sibu pada PRU-13 akan datang.

Wong Ho Leng yang menjadi target mansemalam kelihatan tidak senang duduk apabila banyak soalan berkisar kepadanya sebagai Ahli Parlimen Sibu dan ADUN Bukit Assek.

Terdahulu, Wong Ho Leng pernah membuat kenyataan di media mengatakan UCTS hanya gimik BN  menjelang PRU-13 dan universiti itu tidak akan dibina.

“Kita telah bekerja keras dalam tempoh dua tahun dengan restu daripada Ketua Menteri Sarawak dan Menteri Pengajian Tinggi serta Perdana Menteri untuk mewujudkan universiti kolej itu di Sibu.

Bercakap mengenai Wong Ho Leng, ADUN Bawang Assan itu menganggap karektornya sama seperti ‘tokong’ Penang, Lim Guan Eng yang gemar memutarbelitkan isu.

Tegas Wong Soon Koh lagi, rakyat Sibu sering bertanya, kenapa ADUN Bukit Assek yang juga Ahli Parlimen Sibu itu selalu berbohong dan mengaku tidak pernah menggambarkan bahawa wakil rakyat itu tidak mengambil berat soal pendidikan?

Malah, Wong Soon Koh juga melahirkan rasa kecewanya kerana ada segelintir pihak pembangkang membuat kenyataan di surat khabar berbahasa Cina dengan harapan membinasakan kerajaan demi agenda politik mereka.

Buat Wong Ho Leng, terimalah cabaran Wong Soon Koh jika benar beliau anak jantan. Jangan main cakap dari belakang saja macam yang Anwar Ibrahim selalu ajar.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 29, 2012 at 2:50 AM

Kaum cina di sibu mengamalkan dasar perkauman,tidak mahu menerima kaum lain sebagai pemimpin mereka dan lebih senang memilih pemimpin yang terdiri dari kaum mereka sendiri,lebih suka mendengar dakyah pembangkang seolah olah esok kiamat kalau bn terus berkuasa..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger