UMAT ISLAM SARAWAK PRIHATIN TERHADAP KESENGSARAAN RAKYAT PALESTIN



Atas kesedaran dan keprihatinan sesama umat Islam juga tanpa mengira bangsa dan agama, umat Islam di Sarawak juga turut juga mengadakan Protes Aman FREE Gaza FREE Palestin seperti mana yang dilakukan seluruh rakyat Malaysia selepas solat Jumaat petang tadi.

Dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang meminta seluruh surau dan masjid yang menganjurkan sembahyang Jumaat untuk melakukan doa Qunut dan sembahyang hajat. Manakala, teks khutbah juga diselaraskan di seluruh Malaysia dengan tajuk ‘Tangisan Gaza’.

Penganjuran kumpulan facebook WeLove ProphetMuhammad dengan kerjasama Aman Palestin Sarawak dan Bloggers Anak Sarawak telah mengadakan Protes Aman bertempat di foyer Masjid Jamek, Kuching selepas sembahyang Jumaat.


Turut hadir dan sama-sama mengikuti Protes Aman ini YB Datuk Amar Abang Zohari Tun Abang Haji Openg, YB Datuk Amar Mohamad Asfia Abang Nassar, YB Datuk Naroden Majais, YB Abu Seman Jawi dan Dato’ Idris Buang.

Ketika ini sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sedang berlangsung dan membolehkan ramai menteri Kabinet Sarawak berkumpul dan bersembahyang di Masjid Jamek. Bersama dengan tetamu istimewa ini kira-kira lebih 100 orang jemaah menyertai Protes Aman ini yang diketuai Dato’ Idris Buang.


Menurut Pengerusi Penganjur, Dato’ Idris Buang penganjuran Protes Aman FREE Gaza FREE Palestin ini adalah inisiatif umat Islam di Kuching bahawa mereka juga mengutuk serangan Israel ke atas rakyat Palestin yang ketika ini telah meragut nyawa lebih daripada 160 orang dan mengakibat lebih 1,000 orang cedera.


Peristiwa ini adalah yang pertama dalam sejarah Sarawak dan menjadi lembaran baru buat umat Islam di Sarawak. Jika selama ini Protes Aman ini hanya berlaku di Semenanjung Malaysia, tetapi kini menjadi suatu yang berterusan bagi menyatakan kekesalan dan keprihatinan terhadap sesuatu kejadian yang menimpa umat Islam di seluruh dunia.

Untuk itu, marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t agar dilindungi umat Islam di Semenanjung Gaza, Palestin daripada serangan tentera kejam Israel.  
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 24, 2012 at 6:49 AM

Sayang Palestin pasirnya halus,
Sayang Sarawak sungainya sempit;
Rasa prihatin itu memang bagus,
Selamatkan Sarawak dari Pak Rempit (PR).

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger