TENGKU RAZALEIGH HAMZAH YAKIN BN MENANG 2/3 PRU-13 HINGGA GUSARKAN PAS



Hasrat PAS dan PKR mahu membawa masuk Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam Pakatan Pembangkang tidak kesampaian biarpun sebelum ini pernah memperalatkan Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk agenda mereka khususnya dalam mendapatkan royalti minyak.

Disebabkan agenda politik PAS dan PKR hanya berteraskan politik semata-mata dan bukannya mahu membantu rakyat, Tengku Razaleigh sedikitpun tidak berjaya dipengaruhi. Ditambah pula keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan dan penerimaan yang ketara daripada rakyat.

Atas sebab itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkeyakinan BN akan menang dengan majoriti 2/3 dalam PRU-13 akan datang. Rakyat pula tegas Tengku berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.

Keyakinan yang ditunjukkan Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa pemimpin BN atas kepimpinan Najib Razak mendorong mereka tidak teragak-agak untuk menyatakan kemenangan PRU-13 akan memihak BN walau apa cara sekalipun.

Ini amat menggusarkan PAS dan PKR yang kini bukan sahaja dikelilingi masalah dalaman parti bahkan hubungan sesama mereka termasuk DAP juga semakin renggang. Disebabkan masing-masing dengan ideologi politik yang berbeza dan nafsu politik yang semakin tamak membuatkan mereka tidak sehaluan malah jauh sekali bekerjasama dalam satu Pakatan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger