TAKZIAH BUAT PUAN NANI SAHARI SEKELUARGA



Suami kepada bekas calon PAS, Puan Nani Sahari yang pernah bertanding di DUN N.3 Tanjong Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10 telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham Marzuki bin Bujang telah disembahyangkan di rumhnya di Samariang Aman dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang selepas solat Asar.

Allahyarham telah meninggalkan Puan Nani dan dua orang anak lelaki dengan anak sulung ketika ini sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Difahamkan semasa kejadian allahyarham sedang dalam perjalanan balik ke Petra Jaya dari Satok. Sejurus terkena serangan jantung, allahyarham sempat memberhentikan keretanya di bahu jalan. Akibatnya, Jalan Tun Abdul Rahman telah sesak hingga membawa kepada terjumpanya allahyarham di dalam kereta.

Turut menziarahi keluarga Puan Nani ialah Penasihat PKR Sarawak, Datuk Hafsah Harun dan bekas calon N.4 Pantai Damai, Wan Zainal bin Wan Sanusi. Manakala, pada sebelah petangnya, ADUN N.4 Pantai Damai, Dr. Abdul Rahman bin Junaidi telah mengunjungi keluarga Puan Nani bagi menyampaikan salam takziah.

Buat keluarga Puan Nani diucapkan salam takziah dan menghadapinya dengan penuh tabah. Allah swt amat menyayanginya lebih awal. Semoga allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger