TAKUT AKAN ANWAR IBRAHIM, NIK AZIZ PERTAHAN NURUL IZZAH



Inilah dunia politik Pakatan Pembangkang. Sanggup menghalalkan cara biarpun sedar akan haramnya tindakan itu. Jika sebelum ini ramai pemimpin BN dan NGO’s mempertikaikan pemimpin tertinggi PAS yang tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung kenyataan Nurul Izzah. Ternyata desakan itu akhirnya terjawab tetapi tidak seperti yang digambarkan.

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berikutan pelbagai kecaman sesetengah pihak ekoran kenyataannya dikatakan meremehkan soal akidah atau menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Menurut Nik Aziz, kenyataan Nurul Izzah itu menjadi serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan. Pendek kata pemimpin BN cuba memutarbelitkan isu untuk menjadikannya buruk.

Agaknya Nik Aziz ini pun tidak faham bahasa Inggeris dan tidak lihat Youtube kot. Sebab dia kata kenyataan Nurul Izzah ini diputarbelitkan BN. Malah, pemberi soalan iaitu Siti Zabedah sendiri mengakui Nurul Izzah telah menjawab soalannya dengan memusing 190 darjah.

“Izzah lain surat khabar lain...yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia.

Nik Aziz juga perlu menonton Youtube dan membaca Utusan Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut. Janganlah baca Harakah dan Suara Keadilan sahaja.

Sebaliknya, Nik Aziz hanya mendengar keterangan daripada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, ia tidak sama dengan kenyataan Nurul Izzah.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 11, 2012 at 5:56 PM

org tua ni dah nazakkk.....

nazakkk politikk...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger