SITI ZABEDAH BERTANYA NURUL IZZAH MENJAWAB



Siti Zabedah yang merupakan Ahli Majlis Peguam kecewa terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah apabila tidak mempertahankan kenyataan beliau bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu.

Jawapan yang diberikan Nurul Izzah itu adalah cubaannya untuk menarik perhatian orang ramai yang hadir di majlis itu termasuk para panel yang duduk sebaris dengannya. Malah, beliau langsung tidak memikirkan tentang kesan terhadap jawapan yang diberikannya itu ke atas seluruh umat Islam di Malaysia.

Pada forum yang bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Siti Zabedah yang merupakan individu yang bertanggungjawab bertanyakan soalan kepada Nurul Izzah sama ada kebebasan beragama patut diperluaskan kepada orang Melayu memandangkan isu itu disebut oleh pemimpin PKR dalam forum tersebut.

Jawapan Nurul Izzah terhadap pertanyaan itu “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkra ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya digunapakai secara sama rata”.

Tidak dinafikan respon Nurul Izzah itu adalah untuk mendapat perhatian para peserta yang kebanyakkan yang hadir itu terdiri daripada kaum Cina. Akibat daripada jawapan Nuru Izzah itu, kedengaran para panel termasuk Baru Bian dan peserta bertepuk tangan.

Menurut Siti Zabedah, beliau pernah bertanyakan soalan yang sama kepada bapa Nurul Izzah, Anwar Ibrahim tetapi gagal mendapat respons yang berterus-terang. Sebaliknya jawapan Anwar Ibrahim berpusing-pusing dan tidak menjawab soalan secara berterus-terang. Agaknya jawapan Nurul Izzah itu mewakili Anwar Ibrahim. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 9, 2012 at 2:22 PM

hahaha sudah nampak kebodohannya, kemarin ckp lain hari ini ckp lain,langsung tak bertanggung jawap terhadap apa yg di-ucapkannya...ckp tak serupa bikin, sama mcm bapanya si-pembohong...tapi nak wat camner, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke-nasi, kemana turun ilmu pembohongan bapanya kalau tidak turun ke-anak...hahaha.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger