RAKYAT SARAWAK DALAMI KESEDARAN UNDANG-UNDANG SIBER



Berteraskan kesedaran undang-undang siber, Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak dengan kerjasama Jabatan dan Agensi Kerajaan di Sarawak telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Undang-undang Siber.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, YB Abdullah Haji Saidol, Ketua Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi BNBBC da ADUN N.36 Semop, objektif taklimat adalah untuk memupuk dan menggalakkan kawal selia kendiri dan bertanggungjawab atas talian, menyebar kesedaran perundangan siber seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain yang berkaitan, mendalami teknik-teknik melindungi diri dan keluarga di alam siber dn membudayakan penggunaan laman sesawang secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Difahamkan taklimat yang diadakan ini merupakan siri pertama khusus untuk mereka yang berada di Kuching dan Samarahan. Manakala, siri seterusnya akan diadakan di Sibu dan Miri pada bulan Disember nanti.

Seramai tiga ahli panel telah mengupas kertas kerja masing-masing antaranya panel daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan seorang peguam yang terkenal. YB Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi telah bertindak sebagai moderator semasa taklimat tersebut.

Taklimat itu telah dihadiri lebih 150 orang peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan. Daripada respon peserta kebanyakannya berpendapat taklimat ini telah memberikan kesedaran kepada mereka bahawa penulisan di alam siber boleh menjurus kepada jenayah.

Kesimpulan daripada ketiga-ketiga panel lebih menjurus kepada etika penulisan supaya berasaskan kepada fakta dan kebenaran. Jika tidak, gejala fitnah akan berlaku seperti mana yang dilakukan media sosial milik pembangkang seperti Radio Free Sarawak dan Sarawak Report. Menjadi kelaziman manusia akan segera menggunakan fakta mahupun gambar yang boleh memberikan kepuasan dan kopentingan politik kepada mereka tanpa memperdulikan implikasinya.

Telah banyak contoh yang boleh dijadikan teladan dalam memperkatankan undang-undang jenayah siber. Terbaru, Pengerusi DAP, Karpal Singh telah diperintahkan mahkamah untuk membela diri apabila telah mengeluarkan kenyataan menghasut dan memfitnah Sultan Perak. Walaupun berpengalaman sebagai peguambela, namun sebagai manusia tidak akan terlepas untuk membuat kesalahan.

Benar seperti kata pepatah ‘pena lebih tajam daripada pedang’ dan ‘fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh’.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger