RAFIZI AKUI BELIAU SEORANG YANG TIDAK MALU



Mempergunakan pendekatan memperjuangkan isu rakyat, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui beliau tidak perlu berasa malu dengan apa yang telah dilakukannya termasuklah mengadakan sidang media di Parlimen.

Rafizi Ramli yang dikatakan sering mempergunakan kawasan Sidang Media Parlimen yang dikhaskan untuk Ahli Parlimen telah sering dipergunakan sewenang-wenangnya untuk mengadakan sidang media. Tujuannya hanya satu ialah untuk memburukkan pemimpin BN dengan pelbagai dakwaan dan persepsi.

Jika Rafizi mengatakan bahawa beliau memperjuangkan isu rakyat, itu hanyalah kata-kata yang bertujuan memesongkan rakyat. Hakikatnya, Rafizi hanya mahu mencapai agendanya untuk mempromosikan diri.

Semalam, Rafizi telah dihentam seteruk-teruknya oleh Menteri Pertanian yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Noh Omar yang mempertikaikan tindakan Rafizi mempergunakan sidang media Parlimen untuk keperluan PKR.

Tindakan menghalang dirinya daripada mengadakan Sidang Media di Parlimen disambut baik Rafizi biarpun beliau kecewa dengan keputusan itu. Dengan nada angkuh, Rafizi menegaskan sebagai wakil kepada rakyat, dirinya boleh membuat sidang media di mana saja termasuk di Parlimen, depan pejabat Noh, depan pejabat Nazri, di mana sahaja saya boleh buat untuk ketengahkan isu rakyat.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

November 12, 2012 at 9:17 PM

Rafizi is a true Pondan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger