PENGKHIANAT ATAU TIDAK DISENGAJAKAN?


Apakah pula keputusan Pustaka Negeri Sarawak berhubung keterlanjuran mereka menjemput Penceramah PKR Sarawak yang juga Bendahari AMK Sarawak, Arip Ameran dalam mengadakan Ceramah Umum pada Jumaat ini? 


Batal atau tangguh? Implikasinya mungkin sedikit melegakan orang ramai khususnya mereka yang mengetahui keadaan sebenar, tetapi bagaimana dengan jemputan? Pastinya Pustaka Negeri Sarawak akan tersepit dalam keadaan ini. Hanya tinggal dua hari saja lagi termasuk hari ini ceramah itu akan diadakan. Malah lebih teruk jika Ceramah Umum itu diteruskan kerana ia boleh ditaktrifkan sebagai Ceramah Umum PKR anjuran Pustaka Negeri Sarawak. Pasti ini lagi memalukan nama Pustaka Negeri Sarawak yang menjadi tumpuan golongan cerdik pandai untuk menelaah pelajaran khususnya ketika ini ramai yang sedang menghadapi peperiksaan.

Setelah diselidiki menerusi facebook dengan menggunakan nama Razak Rambili/ Geneve Vendrick ‘untuk keterangan lanjut, hubungi Razak Rambili/ Geneve Vendrick, maka telah dijumpai kenyataan ini. Apakah maksud kenyataan ini?


Mungkin ramai pihak termasuk Pustaka Negeri Sarawak menganggap perkara ini remeh terutamanya pegawai yang bertanggungjawab menghubungi penceramah Arip Ameran dan mereka yang ditugaskan untuk menguruskan Ceramah Umum ini. Jika tiada perasaan kekesalan dalam perkara ini alangkah lebih baik ‘bekerja sendiri’ sahaja daripada terus makan gaji yang diberikan kerajaan.

Sebagai sebuah negeri yang mengamalkan demokrasi adalah tidak salah jika Ceramah Umum itu diteruskan, tetapi adakah negeri-negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang akan mengizinkan perkara yang sama? Lihat saja Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang termasuk Kerajaan Kedah tidak membenarkan kakitangan kerajaan BN menggunakan fasiliti di negeri-negeri tersebut walaupun pada hakikatnya kerajaan BN suatu ketika dahulu yang berusaha membinanya seperti Dewan Masyarakat, Balai Raya dan sebagainya.

Jika Ceramah Umum ini dibiarkan maka Pakatan Pembangkang akan bermaharajalela untuk menggunakan kemudahan kerajaan. Apakah penceramah hanya akan bercakap tentang tajuk yang diberikan kepadanya tanpa melencong kepada perkara politik? Ingatlah, pembangkang akan menggunakan apa saja peluang dan ruang bagi menyampaikan agenda politik mereka. Di Semenanjung, Pakatan Pembangkang mengadakan ceramah-ceramah politik setiap malam tanpa mengenal hujung minggu atau hari-hari biasa.  

Sarawak bukan negeri jajahan mahupun taklukan Pakatan Pembangkang seperti mana Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kemenangan BN Sarawak pada PRN Sarawak ke-10 April 2011 membuktikan rakyat Sarawak masih mahukan BN sebagai pemerintah. Justeru, mereka yang cenderung ke arah ‘pembangkang’ kenalah sedar akan hakikat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Ada dua andaian sebab yang boleh diperbincangkan di sini berhubung mengapa perkara ini berlaku? Pertama, ada perbuatan orang ‘dalam’ yang sengaja mahu membawa penceramah ini untuk menyertai aktivitinya. Dan, kedua, tiadanya persefahaman antara pegawai sehingga tidak mengetahui asal usul penceramah. Jika kedua-dua andaian ini benar besar kemungkinan perkara yang sama pasti akan berulang kembali di masa depan.

Mungkin ramai pihak yang menganggap kenapa perlu mencampuradukkan pengetahuan dengan perbezaan politik? Apakah kaitannya? Apakah implikasinya? Harus diingat politik Malaysia sekarang ini tidak hanya masa berkempen tetapi mencakupi 365 hari setahun. Maka, mana-mana parti politik khususnya Pakatan Pembangkang akan menggunakan apa saja peluang dan ruang yang ada untuk melancarkan propaganda. Mereka kini bukan hanya di sebalik peguam syariah, tetapi juga kontraktor, penjual insuran dan sebagainya.

Pandai makan pandailah menelannya. Apakah akan ada jalan penyelesaian dalam mengatasi kemelut ini? Yang pasti sekarang, jawapannya ada pada Pustaka Negeri Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 23, 2012 at 3:32 PM

Kamek nyukong Wira. Demun fasilitaor penganjur prihatin dan proaktif kemelut atau isu tok sik timbul. Dan macam ia lebih bagus! Tajuk ada; cari beberapa orang dolok - macam orang molah tender bah. Kak ia pilih yang tersesuai. Sik ada orang lainkah? Tok nok ditunggah bukan ahli biasa...Bendahari AMK! Demun cam ia, kamek nanya... kena karajaan dan rakyat Malaysia sik nyuroh Chin Peng balit? Kita demokrasi kan? Pake contoh bandingan ajak. Bukan kamek madah orang ia sama dengan Chin Peng. He he

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger