PEMUDA PAS JOHOR KECAM UCAPAN BOSNYA NASHARUDDIN HASSAN



Ucapan kosong. Itulah yang boleh diungkapkan ke atas ucapan dasar Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan yang disifatkannya sebagai ucapan tidak membina tanpa memberi sebarang idea baru sepertimana yang diharapkan golongan muda, serta tidak berani mengkritik kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang seolah-olah pemimpin negeri itu maksum.

Pemuda PAS Johor, Mohd. Faizul Mohd. Salleh berkata, ucapan tersebut hanya mengimbau kembali sejarah silam perjuangan parti itu dan tahap ekonomi negara.

Pemuda PAS sewajarnya memainkan peranan mereka sebagai ejen pendesak dan berani menegur pemimpin pembangkang terutama di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

"Tidak ada perkara baru dalam ucapan Ketua Pemuda, yang ada hanyalah sorotan sejarah dan bacaan semula analisis ekonomi. Tiada satu perkara baru menyentuh anak muda dahagakan perubahan.

"Tidak ada satu teguran pun diberikan kepada negeri-negeri pakatan pembangkang. Adakah negeri yang kita perintah menjadi negeri maksum, negeri yang tidak ada silap.

Walaupun kritikan ini sebagai suatu perkara biasa namun hakikatnya Pemuda PAS kini seolah-olah lesu dengan perjuangan yang tiada arah tujuan.

PAS kini sedang mengadakan Muktamar PAS Ke-58 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 15, 2012 at 10:33 PM

Semuanya lemah kerana sudah di hinggapi virus al Jubori.Virus al Jubori ini lebih hebat dari virus HIV.Virus HIV merosakan sisitem badan tapi iman boleh menjadi lebih kukuh jika insaf,tapi virus sl Jubori merosakan iman walau pun tubuh badan nampak sihat.

November 15, 2012 at 11:59 PM

pemuda pas mahu ketua mereka bebas sindrom lemah otak. bosan asyik dgr cerita sejarah tanpa garapan kemana hala tuju sebenar pas. balik2 cerita asyik masyuk & dongengan. pemuda dh bosan asyik didendang dgn 'lagu hindustan'...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger