PAS TIDAK AKAN GUNAKAN ‘WANG’ DALAM PRU-13?



Apakah PAS tidak pernah menggunakan wang untuk meraih dan mendapat undi? Lebih memalukan apabila perbuatan itu dilakukan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz pada PRK suatu ketika dahulu. Rakyat Malaysia masih ingat lagi di mana perbuatan Nik Aziz itu benar-benar telah menjatuhkan maruahnya sebagai ulama Islam.

PAS memberi jaminan kepada ahli-ahlinya bahawa PAS tidak akan menggunakan wang atau duit untuk meraih dan mendapatkan undi pada PRU-13 akan datang.

Menurut Presiden PAS, Abdul Hadi Awang seluruh negara akan berdepan dengan "taufan wang" parti lawan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - yang dilihat sebagai ibu kepada segala pilihan raya.

Kenyataan itu merujuk kepada UMNO dan BN yang seringkali menggunakan wang untuk meraih undi. PAS parti yang memperjuangkan Islam sesekali tidak akan mengikut jejak langkah UMNO dan BN dalam menggnakan wang.

PAS akan berdepan dengan ujian getir rakyat yang dipujuk dengan wang, projek dan sebagainya, selain dari berbagai cara penipuan yang menjadi senjata utama lawan.


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger