PAS RASA BERSALAH BERSAMA NURUL IZZAH



Kenapakah pemimpin PAS tidak mahu membuat sebarang kenyataan mahupun komen terhadap isu Nurul Izzah? Apakah semua pemimpin PAS ‘takut’ kepada Anwar Ibrahim dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan PAS dan PKR?

Akhirnya, semua ini terjawab apabila PAS pun terbabit sama dengan kenyataan yang diungkapkan Nurul Izzah apabila Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa juga merupakan salah seorang ahli panel bersama dengan Nurul Izzah dan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian. Jika benar PAS memperjuangkan Islam, pemimpin PAS yang turut serta dalam forum bertajuk Negara Islam, Versi Mana: Siapa Bertanggungjawab anjuran Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI) yang telah diadakan di Subang Jaya, Selangor harus segera memperbetulkannya dan bukannya berdiam diri.

OHMSI merupakan sebuah pertubuhan yang berfikiran Kristian dan pernah menganjurkan forum bertajuk ‘Penganut Kristian dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008’.


Lebih memburukkan keadaan, poster forum yang dihadiri Nurul Izzah itu berlatarbelakangkan kubah masjid sebagai salah satu agenda tersirat mereka untuk memperalatkan Islam dalam politik di Malaysia. Persoalan kini, apakah pemimpin PAS dan PKR yang menjadi panel forum itu tidak pernah terfikir akan implikasinya ke atas Islam? Demi kepentingan politik dan Putrajaya, mereka ini sanggup membelakangkan agama dan mendahulukan politik.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger