PAKATAN PEMBANGKANG KINI SELUBUNGI MASALAH CALON PERDANA MENTERI



Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang PRU-13. Ungkapan itu telah lama berlalu dan kini suara ahli-ahli PAS bangkit menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Pembangkang. Isu terbaru ini bukan datangnya daripada UMNO mahupun BN, tetapi daripada ahli-ahli PAS sendiri

Akibat daripada suara ahli-ahli PAS, jawatan Perdana Menteri Pakatan Pembangkang kini kian tergugat hingga Anwar Ibrahim terpaksa ‘mengalah’ dengan memberi jawapan jawatan Perdana Menteri bukan masalah.

"Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik," kata Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Suara perlahan Anwar Ibrahim itu terpaksa diluahkan memandangkan isu jawatan Perdana Menteri kini kembali hangat tatkala ahli-ahli PAS mempersoalkan jawatan ini diberikan kepada Anwar Ibrahim. Ini bagi meredakan keadaan biarpun Anwar Ibrahim masih bercita-cita mahu menjawat jawatan Perdana Menteri.

Terdahulu, wakil Dewan Ulama PAS Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain semalam mengulangi pendiriannya bahawa beliau yakin sebahagian besar ahli parti itu mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

Berbeza dengan DAP yang ‘kuat’ mahukan Anwar Ibrahim memegang jawatan Perdana Menteri apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahukan Anwar Ibrahim menggalas tugas penting itu kerana beliau adalah calon paling layak. Tujuannya mudah, Anwar Ibrahim ‘rela’ dijadikan boneka DAP demi menjawat jawatan itu. Selain Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha DAP, Lim Guan Eng mahu Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, Abdul Hadi rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama PAS menegaskan presidennya itu lebih layak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger