NIAT SEBENAR DAP MEMILIH ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM



Rakyat Malaysia diingatkan tidak terlalu mengikut emosi dan fantasi dalam menolak BN dan memilih Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 akan datang kerana ia tidak menjamin masa depan yang baik.

Keghairahan rakyat memilih parti yang akan menerajui pemerintahan Malaysia selepas PRU-13 tidak harus terburu-buru memandangkan kerajaan yang sedia ada kini sangat baik sejajar dengan slogan “Janji Ditepati” dan kejayaan Bajet 2012 yang sememangnya memberikan jaminan kepada rakyat seperti mana tema “Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera”.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan keghairahan DAP memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah disebabkan ‘perjanjian’ yang mana Anwar Ibrahim rela diperkudakan demi memastikan segala keputusan dibuat oleh DAP seperti yang berlaku di Selangor dan Perak sebelum kuasa pemerintah diberikan kepada BN.

Sama ada DAP memperalatkan Anwar Ibrahim atau sebaliknya adalah bersandarkan Anwar Ibrahim memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar Ibrahim untuk menjadi parti nombor satu di negara ini.

“Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan.

“Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar Ibrahim akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina.

“DAP juga akan rasa selamat sekiranya memilih Anwar Ibrahim berbanding calon daripada PAS kerana mereka tidak perlu ‘terbeban’ dengan penubuhan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud.

Inilah dia permainan politik Pakatan Pembangkang yang mencerminkan bagaimana mereka hanya nampak gembira di depan orang ramai, tetapi cuba menikam antara satu sama lain di belakang.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 23, 2012 at 4:38 PM

Macam mana orang2 Melayu yang masuk DAP......mereka perlu disedarkan dari mimpi dan penipuan dari golongan DAP tu.Di Selangor Khalid Ibrahim telah ditarik hidung oleh puak2 DAP dan PKR terdiri dari Eli Wong,Ronnie liew dan Theresa Kok.Di Perak tempoh hari...Mat Nizar telah dicucuk hidung oleh DAP terdiri dari the Meng Brothers dan ahli2 DAP lain.sehingga sanggup memeberi pajakan tanah tol sehingga 900 tahun kepada keluarga Cina.

Anonymous
November 24, 2012 at 6:38 AM

Barang nok dimakan kita: Ada jadi darah dagin kita untuk kesihatan tubuh badan... segala dak protin, lemak, mineral, vitamin dan karbohidrat. Tapi sik semua barang kita makan jadi bahan yang beguna kepada kita... ada juak jadi ta**! Manusia pun sama. Manusia orang Melayu pun sama. Isik semua nya bagus untuk bansa. Isik semua nya beguna kepada negara dan agama. Ada sidak ia jadi macam taik (sorry, tertaip - sik dapat didelete). Macam ne pun kitak nak 'convert' sidak ia jadi orang berjasa kepada bansa, agama dan negara; sik dapat! Kitak ketok palak sidak ia nak nyuroh sedar... sik guna. Hanya, kita mesti usaha sedaya upaya buang atau tutup bau sidak ia. Jangan sampei lalat dan langau banyak datang. "Sayang Sarawak, sungainya sempit... "

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger