MUSTAFA AKUI PEMIMPIN PAS BERMASALAH



Setiausaha Agung PAS Pusat, Mustafa Ali menyifatkan kepimpinan PAS kini ‘bermasalah’. Ini merujuk kepada PAS Selangor yang telah menganjurkan forum Wacana Mengembalikan PAS ke Landasan Asaldi Kuala Lumpur.

Tegas Mustafa lagi, pemimpin PAS yang terlibat dalam penganjuran forum itu yang secara terbuka mendesak parti itu kembali ke landasan asal perjuangan termasuk mengkaji semula hubungan dengan DAP, sebagai golongan bermasalah.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pemimpin PAS menyifatkan kenyataan Mustafa Ali itu bersifat diktator kerana tidak menghormati kemahuan dan pandangan pemimpin akar umbi. Harus diingat bahawa PAS tidak akan wujud pada hari ini jika tidak kerana ahli-ahli di akar umbi. Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, kepimpinan PAS wajar melihat kembali hubungannya dengan DAP yang ternyata secara terang menolak hudud dan pembentukan negara Islam. Jangan hanya kerana cita-cita politik PAS sangup merendahkan Islam.

Biarpun dipandang serong oleh pemimpin tertinggi PAS, forum yang diadakan itu adalah bersifat biasa menjelang pilihan raya. Adalah tidak salah bagi ahli-ahli PAS sendiri yang mahu memperbetulkan perjuangan PAS. Jika tidak, siapa lagi?

Sambil memperkecilkan penganjuran forum itu yang kebanyakannya dihadiri daripada kalangan pemimpin dan ahli PAS yang dipecat. Jika begitu, kenapa Mustafa Ali perlu takut akan penganjuran forum itu? Ternyata PAS kini takut terhadap mimpi-mimpi sendiri menjelang PRU-13.

Menjadi kelaziman PAS dan Pakatan Pembangkang, apa yang dilakukan sama ada oleh bekas pemimpin dan ahli Pakatan Pembangkang ini semuanya salah BN. Pandangan ini harus diketepikan memandangkan ia membabitkan masalah dalaman dan virus yang telah merebak akibat daripada kesilapan dasar kepimpinan PAS yang selama ini tunduk kepada desakan Anwar Ibrahim dan DAP. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger