Sebelum balik ke kawasan masing-masing, YB BN Sarawak telah diraikan oleh
BNBBC Sarawak sebaik sahaja selepas sidang DUN Sarawak yang berakhir petang
semalam sebaik sahaja penggulungan Belanjawan 2013 Sarawak oleh Ketua Menteri
Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.
Pada malamnya, 3 Bloggers Anak Sarawak termasuk Wira Kenyalang dan
UnReportedNews telah dijemput secara eksklusif oleh BNBBC atas liputan dan
bantuan yang telah diberikan di sepanjang Persidangan DUN Sarawak Ke-17 bermula
19 hingga 28 November 2013.
Bertemakan Light & Easy, malam BNBBC Sarawak telah berjaya diraikan
dengan santai dan penuh bermakna. Kehadiran Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
yang ditemani isterinya, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi yang kelihatan sangat
jelita. Beberapa menteri kabinet Kerajaan Negeri Sarawak termasuk Menteri dan
Menteri Muda, ahli-ahli BNBBC Sarawak dan mereka yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung serta para wartawan.
Dalam ucapannya, Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, YB
Abdullah Haji Saidol yang juga Pengerusi BNBBC Sarawak mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan terhadap ahli-ahli BNBBC yang telah menjalankan
tugasan yang baik dalam Persidangan DUN Sarawak ke-17 ini.
Kualiti perbahasan pada kali ini semakin meningkat dan dijangka akan terus
meningkat dengan beberapa pendekatan terbaru. Ini bertujuan memastikan BNBBC
sentiasa relevan dalam mempertahankan segala tohmahan yang dilemparkan ADUN
Pakata Pembangkang yang sentiasa cuba mengambil kesempatan dan ruang dalam
memperkecilkan usaha Kerajaan BN dalam membangunkan Sarawak.
Majlis pada malam itu telah diserikan dengan persembahan oleh Kumpulan
Peminat P.Ramlee Sarawak yang telah mendendangkan beberapa buah lagu P.Ramlee. Ternyata persembahan pada malam itu telah berjaya menarik perhatian hadirin
termasuk tetamu kehormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Disertakan juga penyampaian hadiah kepada mereka yang menyertai
pertandingan menembak, boling dan futsal sebagai aktiviti sihat bagi mengisi
ruang masa di sepanjang Persidangan DUN Sarawak Ke-17.
Ternyata pada itu, YB BN Sarawak secara santai menikmati hiburan dalam
merehatkan minda selepas penat berbahas. Jumpa lagi di Persidangan DUN Sarawak
akan datang.
Gambar-gambar daripada UnReportedNews






