LAGI PEMIMPIN UMNO SABAH KELUAR PARTI SERTAI PKR KERANA KECEWA



Kecewa. Itulah perkataan dan perasaan yang sesuai ditujukan kepada bekas Naib Ketua Wanita UMNO Semporna, Kalasahan Abd Salam yang membuatkan dirinya keluar UMNO dan menyertai Anwar Ibrahim dalam PKR.

Seperti biasa, alasan orang politik apabila keluar parti ialah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan. Dalam kes Kalasahan Abd Salam, beliau memberikan alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.

Pelbagai alasan telah diberikan kononnya Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan  itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna. Juga, Kepimpinan Umno Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal dan pelbagai macam lagi.

Tetapi, hakikatnya beliau ini keluar parti kerana sebab-sebab seperti TIDAK terpilih sebagai calon dalam PRU-13 atau tidak diberikan tanggungjawab mengemudi Wanita UMNO Bahagian Semporna atau TIDAK diberikan projek semasa memegang UMNO Semporna.

Dalam pada itu, alasan lain yang diberikan Kalasahan Abd Salam terlalu umum seolah-olah kecewa tidak diberikan pernana sebagai pemimpin negeri. Alasan berikut seperti gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga turut ‘diserang’ dan dijadikan alasan untuk keluar parti. Kononnya, sikap Shahrizat yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.

Sebagai mengakhirnya, beliau dengan nada yakin bahawa akan ramai ahli UMNO Semporna khususnya Wanita UMNO Semporna akan mengikuti jejak langkah beliau.

Skrip ini seakan-akan sudah dibaca dan teksnya sama seperti mana yang dinayatakan oleh bekas ahli UMNO Sabah yang keluar parti sedikit masa lalu, Lajim Ukim.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
December 1, 2012 at 10:34 AM

antara alasan mangkok ni keluar parti kerana Safie Apdal amal kronisma?

wakakakakakaaa...puiiii..

ko masuk P Gay R tu lagi parti bapak segala kronisma dan nepotisma !!!

gen2felda

Anonymous
December 1, 2012 at 12:27 PM

Spesis anak haram.
Gila babi.
Perasan hebat nak jadi calon.
ANAK HARAM

December 1, 2012 at 12:30 PM

As salam dan Salam 1Malaysia bro.. Mohon di linkkan blog teman ni yer, agar tautan persahabatan mekar senantiasa..

http://taipingcentral.blogspot.com/

Untuk artikel terbaru TC seperti berikut:

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/11/janda-indon-seksi-di-skodeng-oppa-doggy.html

Salam sahabat seperjuangan.. Mohon yee..

"Agar dapat di war-warkan pada yang lain"

tq bro...

Anonymous
December 1, 2012 at 2:10 PM

Manusia begini adalah manusia opportunis. Dia bukan seorang pejuang sejati. UMNO tak perlu ambil atau kekalkan orang begini. Tidak sanggup untuk berkorban sedikitpun. Bye! Bye! Belum semorna lagi manusia ini.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger