KHALID SAMAD SOKONG DAN PERTAHANKAN NURUL IZZAH



Seperti dijangka, Timbalan Pesuruhjaya PAS II, Khalid Samad mempertahankan kenyataan Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai serta anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah yang berpendapat”

“Rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu”.

Khalid Samad menyifatkan kenyataan Nurul Izzah itu hanya satu gambaran umum mengenai kebebasan memilih agama oleh semua orang termasuk orang Melayu.

Dengan bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran yang tidak menyebut orang Melayu seharusnya beragama Islam memandangkan agama tersebut dianuti berdasarkan pilihan masing-masing dan bukannya secara paksaan mahupun diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Jika seseorang itu memilih Islam sebagai agama pilihan, sepatutnya mereka bertanggungjawab untuk mempertahankan Islam dan memastikan setiap keturunan mereka berpegang kepada agama itu.

Menjawab tentang kenyataan Nurul Izzah, itu bukan jawapan yang bijak daripada Pesuruhjaya PAS II Selangor, Khalid Samad. Namun, jika benar Nurul Izzah sebagai seorang Islam dan Melayu, kenapa mempersoalkan Islam dan menjual Islam demi kepentingan politik?

Tindakan tidak bijak Nurul Izzah dalam mengeluarkan kenyataan sedemikian ternyata mengundang kemarahan umat Islam dan orang Melayu. Sekali lagi disiarkan kenyataan Nurul Izzah yang disiarkan Malaysiakini.

Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyatan sepert berikut: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna secara sama rata.

Tapi bukan kenyataan Khalid Samad yang hendak kita dengar sebaliknya orang nombor satu PAS, Nik Abdul Aziz yang sewajarnya mengulas kenyataan Nurul Izzah. Semua sedia maklum Khalid Samad berfikiran Islam liberal hingga sanggup bersama dengan Kristian termasuk menghalalkan perbuatan yang haram. Apakah mulut Nik Aziz sudah dikunci oleh Anwar Ibrahim? Mana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam mengulas kenyataan Nurul Izzah?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger